fbpx
blog najib asaddok

Roshidayat Buka Rahsia Elak Peniaga Rugi Dan Jatuh Terduduk

Roshidayat Buka Rahsia Elak Peniaga Rugi Dan Jatuh Terduduk

Lama juga tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan. Ada bisnes yang mula mengambil langkah kurangkan pekerja, ada terpaksa gulung tikar dan ada peniaga yang hilang sumber pendapatan. 

Situasi getir ini turut dirasai Roshidayat binti Hasan, Founder kepada Proyatt. Dia jalankan bisnes printing, packaging, branding dan lain-lain. Bila kedai tak boleh buka semasa PKP, boleh dikatakan jualan dia jatuh sehingga 80%. 

“Ya Allah, masa ni memang menangis je sebab tak tahu apa nak buat.. Tak nampak cahaya untuk bangkit semula sebab terlampau stress bila kedai tak boleh buka”, ujarnya sayu. 

Roshidayat Buka Rahsia Elak Peniaga Rugi Dan Jatuh Terduduk

Kalau korang berada di tempat Roshidayat ni mesti korang rasa benda yang sama kan? 

Bayangkan dah 14 tahun berniaga offline, dalam sekelip mata je tak boleh buka kedai, sales pula semakin berkurang sampai terpaksa guna duit simpanan untuk cover sewa kedai dan gaji pekerja. Memang struggle betul dia waktu tu.

Dalam diam, dia mula berazam untuk ubah nasib hidup. Dia fikir sampai bila nak terus struggle dalam bisnes. Jadi dia buat keputusan untuk dapatkan bimbingan daripada saya dan Team Momentum.

Roshidayat Buka Rahsia Elak Peniaga Rugi Dan Jatuh Terduduk

Selepas kelas dia terus buat tindakan untuk onlinekan bisnes dan buatkan lebih ramai pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya.

Alhamdulillah, hasil tindakan yang betul, sales yang dulunya sendu terus melonjak naik ke RM100,00 sebulan. Bukan tu je, baru-baru ni Roshidayat share dengan Team Momentum, sales pada bulan Mac 2021 mencecah RM300,000. Hebat ke hebat?

Tahniah Roshidayat, kami daripada Team Momentum Internet bangga di atas pencapaian puan dalam bisnes. Korang mesti nak tahu lebih lagi kan?

Wanita ini buka rahsia untuk bantu lebih usahawan yang berhadapan dengan situasi yang sama. Benda betul yang dia buat masa PKP ialah cari guru yang boleh bimbing, berada dalam circle yang positif dan trust the process. 

Selain tu, dia betulkan ayat copywriting dan konsisten buat Facebook Live untuk tarik lebih ramai pelanggan secara online. 

Dulu dia rasa bisnes ni tak boleh pergi jauh. Kalau dapat bertahan pun, dah cukup baik. Tapi lepas dia pergi belajar, dia jadi  lebih bersemangat untuk roketkan bisnes macam orang lain. 

Ambil kisah ini sebagai pengajaran untuk korang buat lebih baik dalam bisnes. Boleh? Sebab bila ada guru yang bimbing, kita boleh kurangkan risiko rugi dan jatuh terduduk banyak kali. 

Apa kata korang daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM10,000 Pertama. Kelas ni berlangsung selama dua hari pada 23 & 24 Oktober 2021. Jom bertindak sekarang dengan daftar di → www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !