fbpx
blog najib asaddok

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Tak senang nak berniaga pada waktu sekarang ni. Ditambah pula dengan pelbagai isu yang berlaku, tak semua mampu hadapi dengan baik. 

Banyak bisnes yang terpaksa ‘bungkus’

Kalau anda merasa kesukaran yang sama ingatlah anda bukan seorang. Ramai yang menghadapi nasib yang hampir sama juga. 

Bagi pemilik nama Hazwani Hassan, selepas berhenti kerja, gaji terakhir digunakan untuk buat perniagaan satay celop. Tapi modal tu pon tak mencukupi. Suaminya terpaksa bantu untuk belikan alat dan stall untuk mulakan bisnes. Sayangnya, bisnes tu tak kekal lama. Jualan setiap hari sikit dan hanya mampu raih RM30 sahaja sehari.

Selepas itu, dia bertukar untuk berniaga roti canai pula. Keadaan sama juga berlaku. Hanya bertahan selama 6 bulan sahaja. Dan dalam masa yang sama Hazwani tengah sarat mengandung. Hal ni membuatkan semangat nya jatuh untuk teruskan bisnes. 

Bila ditanya benda paling perit yang tak boleh dilupakan, dia dan suami pernah ikat perut hampir setiap hari makan telur dan nasi kerana tak nak susahkan sesiapa. Selepas bersalin dan dikurniakan cahaya mata, dia nekad untuk join sebagai dropship beg. Beg ni dijual secara online di Facebook. 

Alhamdulillah, ada juga jualan walaupun sales hanya bawah RM1000 sahaja. Dengan semangat yang ada dan sokongan dan keluarga dan suami, dia buat jer. Permulaan hanya pegang stok dan mencuba untuk jual di pasar malam, namun tak ada seorang pelanggan yang beli. 

Satu hari, dia terfikir untuk join kelas online yang dianjurkan oleh Momentum Internet. Alhamdulillah, kelas demi kelas yang dia join menjadikan nya beranikan diri untuk buat Facebook Live pada tahun 2020. 

Selepas buat Live, disinilah titik permulaan namanya dikenali. Tahun 2021, akaun Facebook mencapai 10,000 followers yang pertama dan tak lama lepas tu naik ke 20,000 followers. Bukan tu jer, WanyFeez telah berkembang sehingga memiliki seramai 45 orang dropship dan Ejen. 

Ni lah liku perjalanan Hazwani yang sangat susah pada awalnya tetapi tak putus asa langsung. Saya bangga tengok perjalanan dan kejayaan yang dia dah capai. Terbaru, tahun 2020, dia dan suami berjaya membeli kereta pertama atas namanya sendiri. 

Anda yang masih struggle dan susah dalam bisnes, apa kata rendahkan diri dan ego untuk dapatkan bimbingan yang betul. Join sesi Roadtour Momentum Bisnes dan jumpa saya dan Team Momentum secara bersemuka. Dapatkan info penuh di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !