fbpx
blog najib asaddok

Punca Tak Berjaya Dan Hilang Keberkatan Dalam Hidup

Punca Tak Berjaya Dan Hilang Keberkatan Dalam Hidup

Hari ni saya nak share something yang boleh berikan sesuatu yang impactful dan buat kepala otak kita berfikir. 

Sebab ramai tanya tips saya berjaya tapi tak ada pun yang tanya apakah kegagalan teruk yang pernah saya alami dan macam mana saya bangkit dan lalu benda tu..

Ada satu benda yang saya nak share hari ni, topiknya ialah apakah punca orang tak berjaya dan keberkatan dalam hidup dia hilang..

 Bila nak berjaya ni ada beberapa faktor dan benda penting yang kita nak tahu..

1. Ibu Bapa

Dalam masyarakat kita sekarang kurang peka pada ibu bapa. Contohnya, kita semakin kurang untuk bertanya khabar, semakin kurang untuk bercakap dengan ibu bapa kita dan kebanyakan masa kita dengan phone je..

Jadi macam mana nak berjaya kalau kita tak jaga keberkatan dengan ibu bapa. Kalau keluarga sendiri kita gagal nak yakinkan tak usah berangan nak buat pelanggan yakin dengan kita.

2. Pasangan

Apa yang saya selalu dengar daripada orang yang dah berjaya. Antara salah satu benda yang saya ingat sampai sekarang, kalau kita nak berjaya kena pastikan rumahtangga bahagia. 

Bahagia tak bermaksud tak pernah bergaduh, mesti la ada perselisihan faham tapi bagaimana kita boleh selesaikan dengan cepat.. Baru la bisnes kita boleh cepat naik dan meningkat

3. Guru

Kita kena jaga adab dengan guru kita sebab dahsyat macam mana pun ilmu tu, kalau guru tu tak redha dengan kita. Tak jalan dan masuk ilmu tu.

Kita kena ingat, bila kita tak dapat doa daripada seorang guru disebabkan kita tak menjaga adab. Kita tak akan ke mana pun. 

Apa kata kita sama-sama fokus untuk perbaiki diri, jaga adab kita dengan ibu bapa, pasangan, guru dan adab dengan orang sekeliling, tak kira dia siapa. Boleh ke boleh?

Korang nak ke nak saya bantu naikkan jualan di waktu PKP dan Lockdown. Ini lah masanya. Tolong beri peluang untuk saya dan Team Momentum guide anda semua. 

Dapatkan bimbingan selama 30 hari dalam Roket Pemasaran Momentum (RPM) Copywriting Ayat Power dengan yuran serendah RM10.

Daftar di www.NakTarikPelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !