fbpx
blog najib asaddok

PENTING!! 5 PERANGAI TAK PATUT ADA PADA SEORANG PENIAGA

Penting! 5 Perangai Tak Patut Ada Pada Seorang Peniaga

Kalau kita tengok ada sesetengah peniaga ni dah berniaga bertahun-tahun tapi masih lagi pada level yang sama. Susah sangat bisnes nak berkembang..

Tapi ada juga peniaga yang kita jumpa baru jer buka bisnes tapi dah boleh buat sales giler-giler. Kenapa boleh jadi macam tu??

Apa punca dan sebab jadi macam tu? Memanglah lain orang lain rezeki tapi apa usaha yang kita buat untuk dapatkan rezeki?
Kadang-kadang kesian tengok peniaga yang susah nak grow dalam bisnes ni kebanyakan mereka ini full time buat bisnes. Mereka ini perlu dapatkan sales untuk tanggung family dan tanggung segala benda lah..

Tapi realiti peniaga sekarang, ramai yang tak berjaya dari yang berjaya. Tak perlu nak salahkan takdir, tak perlu nak salahkan orang lain. Diri sendiri kena check balik..

Pokok pangkalnya pada diri kita sendiri kalau kita tak perbaiki diri kita, silap-silap bisnes boleh lingkup..
Cer tanya diri korang, suka ke dengan diri korang sendiri yang…

PENTING!! 5 PERANGAI TAK PATUT ADA PADA SEORANG PENIAGA

Sibuk memanjang/ Tak ada masa

Ramai peniaga suka beri alasan tak ada masa, tak cukup masa, selalu busy dengan macam-macam perkara yang tak berfaedah.

Bila disuruh belajar dalam Kelas Kuasai Pemasaran Online (KPO) secara percuma pun tak nak. Bukan susah pun, register di momen.tm/kpo masukkan nama, emel dan no tel jer dan tunggu hari Sabtu jam 8.30 pagi.
Nampak ke nampak kritikal peniaga kita hari ni?

PENTING!! 5 PERANGAI TAK PATUT ADA PADA SEORANG PENIAGA

Tak tahu mana prioriti

Bila suruh fokus perbaiki marketing untuk buatkan pelanggan nampak dan tertarik, dia pergi buat benda lain.
Disuruhnya perbaiki branding supaya bina trust pelanggan, dia pergi buat perkara tak ada hasil.

Kadang-kadang kebanyakan peniaga ni dia tak tahu apa dia buat, dia tak tahu nak letak mana satu yang patut dia buat dulu dalam bisnes.
Ini semua bersangkut paut dengan ILMU yang dia ada dalam diri.

PENTING!! 5 PERANGAI TAK PATUT ADA PADA SEORANG PENIAGA

Tak matang dan tak rasional

Satu lagi ramai peniaga gagal nak kawal adalah emosi sendiri. Emosi ni bagus kalau kita gunakan dengan baik untuk tarik pelanggan melekat dengan bisnes korang.

Tapi apa yang berlaku ramai peniaga beremosi dengan benda yang tak sepatutnya.
Dia emosi tengok pesaing dia buat sales giler-giler, dia emosi dengan keadaan ekonomi, dia emosi sebab tak puas hati hal-hal politik, dia emosi dengan team sebab tak ikut cakap dia.

Senang cerita ramai peniaga kurang bijak nak kawal emosi. Banyak perkara dalam bisnes, dalam hidup kita boleh kawal sekiranya kita fokus pada penyelesaian berbanding masalah tu sendiri.

Tak nak belajar

Tak nak belajar ini adalah salah satu sifat orang yang tak berjaya. Perkara ni ini memang susah nak dirawat susah nak diberi nasihat melainkan individu itu sendiri jatuh terduduk baru nak sedar dan menyesal.

Dalam bisnes, ILMU itu sangat penting supaya bisnes boleh konsisten grow.

Acah- acah pandai

Dahlah tak tahu tapi buat-buat tahu semua benda. Orang nak tolong sombong dan dan ego pula tu..
Apa yang korang rasa sekiranya korang sombong dan ego untuk pergi upgrade dan update diri dengan latest trend pemasaran yang boleh bantu bisnes korang meroket?

Kalau tak tahu tu pergilah belajar tak adalah korang guna flow dan step yang salah dalam bisnes. Faham ni?

Cukup-cukuplah buat silap yang sama, jom kita belajar dalam Onlinekan Bisnes Anda (OBA) secara PERCUMA jer. Get ready esok jam 8.30pagi.

Jom daftar di momen.tm/oba18sept

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !