fbpx
blog najib asaddok

Pelanggan lebih suka SHOPEE daripada FB Page Saya? Psst! Meh Sini Saya Sharekan 5 Rahsia Yang Boleh Pikat Hati Pelanggan.

Pelanggan Lebih Suka Shopee Daripada FB Page Saya

Pelanggan saya lebih suka beli produk dari XYZ sebab lagi murah katanya! Siapa kat sini pernah dengar komen-komen macam ni?

Mestilah korang akan rasa sedih kan? Yelah siapa tak rasa sedih. Betul ke betul?

Tapi masalahnya bukannya dari segi harga pun. Nak tahu kenapa? Sebabnya People buy with their heart not their head. Pelanggan akan beri produk menggunakan emosi mereka. 

Jadi mesti ramai kat sini keliru kan? Agaknya apa yang pesaing korang buat sampai stok diorang yang berlambak dah habis dalam masa seminggu?

 

Jangan risau dan jangan sedih. Meh sini! Abang Jib sharekan 5 RAHASIA yang khas untuk korang jer. Psst!! Ingat benda ni rahasia tau… 

Pelanggan lebih suka SHOPEE daripada FB Page Saya?  Psst! Meh Sini Saya Sharekan 5 Rahsia Yang Boleh Pikat Hati Pelanggan.

Headline Padu

Ramai yang tahu tapi ramai yang tak ambil serius dekat perkara ni. Headline ni macam mata kail untuk kita nak pancing followers kita.  Ya! Pancing followers..

Headline yang bagus mampu nak “hook”  pelanggan kita untuk baca posting kita dan buat mereka “jatuh cinta” pada produk kita. 

Meh saya belanja headline yang bagus untuk korang semua “ ALAMAK! Jangan Sebab Korang Tak Rela Berkorban, Bisnes Korang Pula Terkorban”.

Pelanggan lebih suka SHOPEE daripada FB Page Saya?  Psst! Meh Sini Saya Sharekan 5 Rahsia Yang Boleh Pikat Hati Pelanggan.

Jangan Lupa Engage

Engage yang saya maksudkan tak ada kaitan dengan bertunang ya! Yang saya maksudkan ni kita berhubung dengan followers kita. 

Macam mana tu! Senang jer… Pastikan korang reply semua komen-komen followers di setiap posting yang korang buat di FB page korang. 

Ingat! Pelanggan adalah tetamu yang datang ke rumah korang dan tugas korang sebagai tuan rumah adalah sambut mereka dengan ramah. Bukan itu jer, dekat bahagian komen tu ada followers yang akan datang nyatakan masalah mereka. 

Dekat situ pun, korang dah ada peluang untuk bantu mereka. 

Pelanggan lebih suka SHOPEE daripada FB Page Saya?  Psst! Meh Sini Saya Sharekan 5 Rahsia Yang Boleh Pikat Hati Pelanggan.

FB Live Yang Santai.

 FB Live! FB Live ! FB Live… Ingat perkataan ini. Kenapa?

Sebab FB Live ni satu-satunya cara yang sangat-sangat efektif untuk bantu kita pikat hati pelanggan kita. Tapi korang boleh guna cara yang sangat-sangat santai.

Buat FB Live ala-ala korang sedang bersembang dengan followers. Kita nak buatkan mereka rasa senang nak berinteraksi dengan kita dan lagi senang untuk mereka nak approach dekat bisnes kita. 

Tahu Siapa Pelanggan Kita.

Semua orang boleh jual produk tapi produk yang kita jual ni bukan semua orang. Bukan semua pelanggan perlukan produk kita. 

Sebab tu kita kena kenal siapa pelanggan kita dan apa masalah kita. Kenal apa yang pelanggan kita nak dan adakah produk yang kita “offer” ni sesuai untuk pelanggan kita. 

Bila kita tahu siapa pelanggan kita dan sama ada sesuai ataupun tidak produk yang kita offer kat diorang, lagi senang untuk kita nak pikat hati pelanggan kita. Faham ke faham ni?

Hiburkan Pelanggan

Kita tak semestinya kena asyik buat sharing yang mampu “educate” pelanggan/followers kita sebab lama-kelamaan diorang akan boring juga nanti.

Buat followers korang rasa terhibur. Bila pelanggan korang rasa seronok, lagi senang untuk mereka nak kenal dan jatuh cinta dekat bisnes korang. 

Macam mana nak buat diorang rasa terhibur? Senang jer! Korang boleh buat Giveaway atau pertandingan Snap and Win ataupun Teka Teki.

Bukan itu jer, korang boleh sharekan/post video-video motivasi daripada Youtube (jangan lupa nak bagi kredit).  

Dapat sesuatu? Bukan fikir jer tau, tapi kena ada tindakan.. Faham ke faham ni??

Ingat selagi korang hidup, selagi itu ada peluang. Yakin dengan apa yang dah ditetapkan oleh Allah SWT

Sebab itu, saya dan Team Momentum tak nak korang semua buang masa. Kalau tak pandai pergi belajar. Kena usaha, baru kita dapat hasil. Jom dapatkan Dapatkan 7 Video Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama secara PERCUMA  di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !