Office Bersepah Penuh Dengan Parcel

“Office bersepah tanda sales meroket”.

 

Office kemas tersusun ni memang best. Tapi lagi best bila office nampak busy dan padat dengan parcel. Bersepah sebab banyak parcel nak keluar takpe. Jangan bersepah dengan produk yang ada tapi tak jalan. Ada zass tak kat situ? 

 

Ni lah kegembiraan untuk seorang Founder. Alhamdulillah, win ni di share dari salah sorang usahawan yang saya bantu, Puan Isnaini. 

 

Ni permulaan tahun baru yang baik buat Sahira Shop. Kempen marketing yang diorang buat berjaya dapat sambutan. Kempen marketing ni penting. Sebab kalau tak dikempenkan tak ramai lah yang tahu anda ni tengah buat apa. Sebab tu office nya bersepah penuh dengan parcel. 

 

Saya saksi perjalanan Puan Isnaini ni. Dan saya yakin ada yang dah pernah tahu struggle dia dulu. 15 tahun buat bisnes tapi sales selalu tak ada. Produk yang dijual tak jalan dan akhirnya terbiar dan rosak. Anda boleh baca kisahnya dulu di sini –> https://www.najibasaddok.com/buat-bisnes-dah-lama-tapi-rugi-ratusan-ribu-ringgit/

 

Dia tak terus down macam tu je. Dia nak buktikan dekat suami yang dia mampu dan boleh berjaya macam yang lain. 

Sepanjang dibimbing oleh saya dan team, dia akan buat apa yang saya minta dan suruh. Ni menyebabkan banyak peningkatan dan pencapaian yang dia capai sehingga harini. Peningkatan sales, perkembangan team dan juga pembukaan office yang baru. 

 

Sekarang kami tengah run kan marketing untuk beberapa bisnes. Dan kami akan bantu run kan juga untuk circle Ultimate ni. Semoga lebih ramai potential customer yang mereka akan dapat dan kenaikan sales tu akan lebih dahsyat lagi. Harap lebih ramai peniaga yang officenya bersepah dengan parcel dan bantu sales nya lebih meroket lagi. Untuk segala bantuan, anda boleh dapatkan info di http://www.TelegramNajib.com. 

 

Doakan ya semua. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !