Nak sales cepat? Guna kedai bisnes Online!

Nak sales cepat? Guna kedai bisnes Online!

Nak sales cepat? Guna kedai bisnes Online!

Ada ke yang masih blur nak buat bisnes online? Mungkin tak tahu macam mana nak setup dan tarik pelanggan ke?

Sebab ramai yang kata, bila bisnes online ni, kena buat posting. Tarik pelanggan beli dengan kita. Betul ke?

Sebenarnya bisnes online bukanlah hanya sekadar promote, bukan sekadar marketing di media sosial.

Bisnes online ni, kena ada cara supaya bisnes kita ni konsisten dapat sales dan pelanggan repeat dan stay dengan kita. Dan yang paling penting, berapa lama bisnes kita boleh bertahan. Kita bisnes bukan untuk sehari dua. Tapi kalau boleh sehingga berjaya.. Betul tak?

Jom baca sampai habis.. Saya terangkan satu persatu.

Buka kedai online

1. Buka Kedai online

Mula-mula, anda nak bisnes kena ada kedai online. Sekarang bisnes guna media sosial. Media sosial pun dah banyak. 

Facebook, Instagram, TikTok, Shopee, Whatsapp, Youtube dan banyak lagi. Apa yang penting, anda kena tahu, yang mana satu media sosial yang terbaik yang boleh beri pulangan.

Facebook ada 2, Facebook Personal & Facebook Page. Untuk berbisnes, anda memang WAJIB gunakan Facebook Page.

Facebook Page adalah media sosial yang terbaik sebab kebanyakan pelanggan di Facebook adalah customer yang berpotensi. Senang cerita yang berduit.

Facebook Personal lebih kepada hal personal. Kita post tentang lifestyle hidup kita. Facebook Personal juga ada had 5,000 friends sedangkan Facebook Page adalah Unlimited Followers.

Facebook Personal anda mungkin lebih ramai kawan dari orang yang anda tak kenal. Betul tak?

Saya nak tanya, senang ke nak jual dengan kawan? Senang ke jual dengan saudara Mara? Senang ke mereka nak repeat order? Silap-silap mereka unfriend anda sebab paksa dia beli dengan anda.

Tapi apa yang anda kena ingat, Bukan Semua Orang Dalam Dunia ni Pelanggan Kita!

Sebab tak semua orang perlukan produk/servis anda.

Jadi kena pada cara untuk tarik pelanggan dan buat pelanggan cari kita.

Instagram, tak salah untuk gunakan media ni. Sebab Instagram mudah untuk diakses. Tapi, Instagram sebenarnya lebih kepada personal. Lebih kepada lifestyle.

TikTok paling trending sekarang ni. Ramai yang dah mula beralih kepada TikTok. Cuma apa yang buatkan saya kurang suggest bisnes guna TikTok sebab TikTok ni lebih kepada entertainment. Audience yang ada dalam Media Sosial ini pula tidak berpotensi untuk keluarkan kos yang agak tinggi.

Untuk bisnes yang berkos tinggi, anda tidak digalakkan untuk gunakan TikTok.

Anda boleh guna TikTok untuk bina brand. Anda bina followers dalam TikTok dan bawa ke media sosial yang lain. 

Ada ke yang belum ada Facebook Page? Kalau belum, saya akan share dalam next posting. Boleh?

Bagi makan dan buat pelanggan selesa

2. Bagi Makan Dan Buat Pelanggan Selesa dalam Kedai Online

Okay next, kita proceed kepada yang seterusnya iaitu bagi makan dan buat pelanggan selesa..

Maksud saya kat sini, kita kena readykan content untuk buat mereka stay duduk lama-lama dengan kita..

Posting setiap hari itu adalah WAJIB!Anda kena start buat posting minimum 3 posting termasuk live..

Jadi kalau boleh, anda memang kena buat lah..Posting ni wajib sebab kita nak yakinkan pelanggan/customer yang kita ni still beroperasi seperti biasa.

Dan kenapa perlu, supaya customer stay dalam page kita lama-lama sebab kita share banyak content yang menarik perhatian dia.

Ada banyak jenis posting yang anda boleh guna. Maybe next time saya share.. Ada yang nak ke?

Tarik Pelanggan masuk kedai online

3. Tarik Pelanggan Masuk Kedai Online

Siapa kat sini yang rasa susah nak tarik pelanggan datang dekat?

Kadang pelanggan ni tak singgah pun. Hanya sekadar tengok posting kita je. Dan mungkin kita akan start give up. Stress sebab dah cuba buat posting, tapi tak ada result?

Sebab tu anda kena start tarik pelanggan yang berkualiti. Pelanggan yang betul-betul nakkan produk/servis anda.

Kita boleh pilih kat sosial media. Siapa yang bakal jadi pelanggan kita. Ada yang nak tahu?

Ni saya bagi tips, macam mana anda nak tarik follower untuk masuk ke dalam Facebook Page anda. Untuk Point ke 2 adalah free marketing. Kali ni untuk cepatkan process, anda kena buat ads.

Untuk tarik followers, anda kena buat Like Marketing. Kos RM15 sehari boleh tarik dalam 20-30 orang masuk ke dalam page.

Buat mereka nampak dan kenal

4. Buat Mereka Nampak & Kenal

Susah nak tarik pelanggan datang dekat?

Kadang pelanggan ni tak singgah pun. Hanya sekadar tengok posting kita je.

Dan mungkin kita akan start give up. Stress sebab dah cuba buat posting, tapi tak ada result?

Sebab tu anda kena start tarik pelanggan yang berkualiti. Pelanggan yang betul-betul nakkan produk/servis anda.

Kita boleh pilih kat sosial media. Siapa yang bakal jadi pelanggan kita. Ada yang nak tahu?

Ni saya bagi tips, macam mana anda nak tarik follower untuk masuk ke dalam Facebook Page anda. 

Dalam point 3, saya ada share cara free marketing. Kali ni untuk cepatkan process, saya share dalam episod kali ni. Boleh?

Untuk tarik followers, anda kena buat Like Marketing. Kos RM15 sehari boleh tarik dalam 20-30 orang masuk ke dalam page.

Insya Allah saya share step by step next posting ye.. Kalau ada yang kurang jelas, saya bantu Insya Allah. 

Buat mereka suka

5. Buat Mereka Suka

Seterusnya, anda kena buat followers suka pada anda. Macam mana anda nak pikat hati customer? Sama macam anda guna teknik anda pikat isteri atau awek anda.

Anda buat mereka rimas atau beri yang terbaik untuk dia? Mestilah beri something supaya dia rasa happy, rasa care, betul?

Sebab tu anda kena mula buat posting yang buat dia suka dan selesa. Banyakkan share value.

Buat mereka percaya

6. Buat Mereka Percaya

Nak bina trust bukan senang. Tapi tak susah juga. Kalau anda buat mereka percaya, buat mereka stay dengan anda berkemungkinan dia akan datang pada anda. 

Tak perlu keluarkan details isi yang ada dalam produk anda. Dia percaya.

Nak bina trust, anda kena jadi diri anda. Anda kena keluarkan Testimoni/Feedback customer. Serius ni penting. Sebab review customer umpama apa yang dia akan dapat nanti. Setuju?

Treat Like A Doctor

7. Treat Like A Doctor

Wujud produk/servis sebab orang ada masalah. Produk dan servis kita yang bantu selesaikan masalah customer.

Jadi setiap customer yang datang dekat pada kita. Dia perlukan bantuan , suggestion kita.

Sebab tu kita kena layan dia dan bantu dia macam doktor.

Anda kena ambil tahu apa masalah dia, dan kita bantu dari segi suggestion dan pendapat. Apa yang dia patut buat.

Saya faham, tak cukup untuk terangkan dalam satu posting jer.. Insya Allah saya share lagi dalam next posting. Maybe saya akan buat episod untuk terangkan satu persatu point. Ada yang nak ke?

Kalau nak tahu info dan join kami, boleh join telegram di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !