fbpx
blog najib asaddok

Nak Berjaya Walaupun Digelar Sebagai EJEN? Follow Tips Ni

Nak Berjaya Walaupun Digelar Sebagai Ejen. Follow Tips Ni

Sekarang ramai yang anggap status “Ejen” je mesti buat sales sikit dan susah nak berjaya.. Mesti sales biasa-biasa jer..

Dengar ni, walaupun korang cuma Ejen, Stokis atau dropship sekali pun, korang boleh berjaya.. Boleh buat sales yang tinggi..

Jadi jangan anggap kalau status bukan bisnes founder tak boleh nak berjaya. Kat sini ada beberapa point penting untuk korang dapat supaya boleh berjaya macam founder walaupun korang ejen jer..

Nak Berjaya Walaupun Digelar Sebagai EJEN? Follow Tips Ni

1. Unik

Kenapa unik ni penting walaupun korang sebagai ejen? Ni nak tanya ni, ramai ke ramai ejen bersaing? Agak korang kalau semua sama, pelanggan akan beli dekat siapa?

Haa, kalau bukan beli dengan korang pelanggan akan beli dengan pesaing sebab pelanggan ni nampak korang semua ejen yang sama.. Ingat ni, kita nak orang beli dengan kita..

Jadi apa unik yang korang nak bawakan tak kesah lah pada personal brand ker ataupun brand produk yang korang buat.. Jangan pakai nama brand yang sama macam ejen lain ya!

Nak Berjaya Walaupun Digelar Sebagai EJEN? Follow Tips Ni

2. Tahu peranan ataupun tugas

Agak-agak apa tugas korang sebagai ejen? Sekadar nak jalankan produk orang lain sebab dah jadi ejen ke… ataupun korang berfikir dengan anggap bisnes ni bisnes korang sendiri?

Sebenarnya korang patut fikir bisnes tu bisnes sendiri walaupun pasarkan produk orang lain.. Ehh cukup bagus tau jadi ejen ni tak perlu nak fikir macam mana nak buat produk tu, cuba tanya mana-mana founder senang ke susah jadi founder ni?

Silap-silap founder tu sendiri not found beb.. Jadi tugas korang kena buat macam bisnes sendiri dan marketingkan sendiri produk tu, tak perlu nak tunggu marketing dari HQ semata-mata..

Nak Berjaya Walaupun Digelar Sebagai EJEN? Follow Tips Ni

3. Part Time vs Full Time

Part time ke full time?? Cuba korang fikir ni, kalau dengan part time boleh buat RM10,000 agak-agak kalau full time boleh dapat berapa?

Kebanyakkan ramai ejen dekat luar sekadar buat biasa-biasa orang kata untuk cukupkan poket duit..

Korang kena define korang buat bisnes ni untuk siapa, apa impian nak capai supaya mindset korang berubah dan usaha lebih berganda untuk kejar sales.. Ni faham ker faham ni?

4. Buang Segan Dengan Keadaan Sekeliling

Yela dah kata bisnes diri sendiri kan, jadi buang perasaan MALU tu… Buat benda yang korang tak pernah buat, korang akan dapat benda yang korang tak pernah dapat.

Sebagai contoh kalau korang kena buat live, then tak perlu rasa segan tau.. Buat jer! InsyaAllah dengan usaha korang ni akan dapat hasilnya pada hari akan datang. Yang paling penting adalah usaha.. Okay ke okay ni?

5. Level Ilmu

Ni point untuk korang semua yang terakhir iaitu level ilmu.. Lagi tinggi ilmu korang ada, lagi tinggi income korang boleh dapat..

Sebab korang tahu cara macam mana nak uruskan bisnes dengan betul, dan ofcourse korang tahu cara macam mana nak pasarkan produk dengan mudah jer.

Jadi jangan pernah korang tinggalkan ilmu, kalau HQ tak da bagi peluang untuk korang belajar, korang sendiri kena usaha sebab sales tu korang yang hasilkan ya!

Ehh sebelum terlupa, Kebetulan RPM kalini Edisi Ejen tau jadi korang nak dapat sales dengan cara gunakan digital online sebagai tempat pasaran apa kata korang ambil peluang ni dengan join RPM Edisi Ejen… Kat mana nak dapatkan ? Mudah jer klik segera link ini

—→ www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !