fbpx
blog najib asaddok

Najib Asaddok ni nama betul ke nama glamour?

Nama Glamour Najib Asaddok?

Najib Asaddok ni nama betul ke nama glamour?

Nama Glamour Najib Asaddok? Siapa yang kenal saya, pasti dia tahu saya ni anak orang kampung yang lahir dari keluarga susah.

Arwah Ayah, Asaddok seorang buta huruf, dia tak pernah dapat peluang bersekolah. Ikutkan nama Bugis dan panggilan sahabat kepada arwah, adalah Sadek. Saya pula panggil arwah sebagai “Baba”.

 

Masa Atuk saya daftar surat beranak dulu dulu, Pegawai yang ambil report Surat Beranak tu yang tersalah ejaan. Dari Asaddek, jadi Asaddok.
Saudara mara pun hairan nama arwah Ayah saya di IC berbeza dengan nama panggilan.

Arwah Ayah saya ni disayangi oleh sahabat sahabat dan saudara mara. Dia seorang yang ringan tulang selalu bantu orang.
Cakapnya pun penuh adab sopan. Ketika dia meninggal ramai yang bersedih, terutamanya saya yang macam tak dapat terima hakikat jadi anak yatim di usia 11 tahun.

Lepas dia meninggal, kami terus menumpang rumah arwah Atuk. Tak mampu pun nak sewa rumah sendiri.

Mak terpaksa bekerja di kilang dengan gaji RM350 ke RM500. Kalau Mak buat OT, dapatlah lebih sikit. Anak anak ada 6 orang.
Kadang kadang rasa sedih juga ada kalangan mereka yang mempermainkan nama arwah Ayah. Sodok, tercedok, sampai dog pun ada.
Anak mana lah yang tak sedih nama arwah ayah dihina hingga sampai level binatang.

Jadi sebenarnya banyak yang tak cukup dalam hidup kami. Syukur arwah Atuk pun bantu serba sedikit.

Saya tak malu untuk mengaku banyak bantuan saya terima masa sekolah dulu. Program Rancangan Makanan Tambahan, Baju Raya untuk anak yatim, biasiswa & banyak lagi.

Rindu pada Baba takkan berkurang walau sedikit pun.

Moga kita bertemu di Syurga Baba ku. Al Fatihah untuk baba.

Untuk kenali saya dan apa yang saya lebih detail lagi, anda boleh pergi ke  www.TelegramNajib.com.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !