fbpx
blog najib asaddok

Akhirnya Buat Jualan 3000 Seat Travel UMRAH

travel umrah

Travel umrah… Nama saya Ruhaizam Bin Abdul Hamid. Keluarga saya memang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini sudah lama, dari arwah bapa saya lagi. Saya sebelum ini adalah seorang kontraktor Kelas E, ada kedai hardware sendiri dan juga ada kedai buku. Macam-macam bisnes saya buat masa tu.

Mula Berjinak Dalam Travel Umrah

Saya mula terjebak dalam Travel umrah ini sebenarnya bermula dari idea dari seorang sahabat sepengajian dahulu. “Apa kata kita buat syarikat travel umrah” katanya. Saya tak bersungguh sangat, iya lah masa tu dah ada bisnes yang pada saya dah cukup bagus. Tapi kerana kawan saya bersungguh-sungguh ajak, jadi saya pun turutkan sahaja.

Tahun pertama, buat travel umrah kena tipu RM1,000,000. Terduduk saya pada waktu itu. 200 seat yang dijanjikan tak ada, tapi jemaah umrah dah ready. Ini cabaran pertama saya mengendalikan umrah. Saya cuba penuhi juga, sebab dah janji pada para jemaah umrah. Bergolok-gadai saya untuk dapatkan semula 200 seat yang lain sebagai ganti. Pengajaran pertama yang saya pelajari.

 

Kalau ikutkan hati dah nak putus asa. Apatah lagi nak bersaing dengan syarikat yang sudah lama di pasaran. Kami umpama langit dan bumi. Nak dapatkan kepercayaan orang bukannya mudah bagi syarikat baru seperti kami.

Tahun pertama saya buat Travel Umrah, jemaah yang berjaya kami hantar untuk mengerjakan umrah hanya 200 sahaja. Itu tak termasuk ditipu sehingga RM1,000,000 pada peringkat awal mulakan bisnes umrah ni.

image2


Isteri Paksa Saya Masuk Kelas Sifu Najib

Di sini bermulalah episod kena santau dengan Sifu Najib. Isteri saya beria-ia suruh saya pergi kelas Sifu Najib, ikutkan saya malas sebenarnya. Maklumlah isteri saya ini macam-macam dia nak jual, dari tudung, jubah sampailah ke periuk nasi pun nak dijualnya.

21883_10202954846150480_8683295417691030353_n

Sesi perkenalan saya dengan Sifu Najib adalah semasa program di Hotel Sentral Johor Bahru pada Jun 2014. Sifu Najib ada menganjurkan satu program Konvensyen Usahawan Muda Selatan, yang membawakan 4 orang sifu terkemuka tanah air.

Saya mula tertarik dengan perniagaan online, tetapi pada masa tu masih belum nampak jalan untuk diaplikasikan pada syarikat Umrah saya. Belum ada model bisnes Umrah yang dah berjaya buat online. Saya masih tak percaya.

Hasil pujukan isteri, saya terdaftarlah kelas advance Sifu Najib.


Ambil Masa Setahun Untuk Percaya

Selepas kelas, saya tak terus buat. Psst… Jangan ikut ya. Sekarang dah menyesal. Hehehee..

Saya tak yakin boleh diaplikasikan dekat bisnes Travel Umrah, masih terikut-ikut kaedah lama yang masih menggunakan bunting, flyers (masih banyak dekat rumah, baca sendiri… Huhu) dan iklan surat khabar.

Kos marketing offline tersangat lah mahal, untuk sekali keluar di surat khabar sahaja dah menelan belanja puluhan ribu ringgit. Itu pun bukan di bahagian hadapan, di bahagian tengah dan slot kecil sahaja.

Jadi pada mulanya teknik yang belajar dari Sifu Najib saya cuba apply untuk kumpul dana sebuah sekolah tahfiz di Kluang, Johor.

Masalahnya, Majlis Agama Islam Johor tak percaya kami boleh kumpul dana sebanyak tu. Dana yang berjaya kami kumpul dengan menggunakan FB Ads adalah RM 4.6 juta dengan bermodalkan kos iklan tak sampai RM4,000 pun. Sangat-sangat berbaloi. Setelah saya terangkan secara detail, barulah mereka percaya.

Setelah kejayaan yang telah terhasil daripada projek kumpul dana Sekolah Tahfiz, saya mula terpikir “Eh, kalau buat dekat bisnes umrah ni mesti meletup ni”.

Selepas setahun, saya berjumpa semula dengan Sifu Najib dengan hasrat yang besar. Pada mulanya saya ajak sifu JV dengan saya untuk marketkan pakej umrah.

Sifu Najib tak bersetuju, sebab lari dari tujuan asal bisnes beliau. Tunjang bisnes Momentum Internet adalah membantu para usahawan meningkatkan jualan, bukan buat servis pemasaran.

Huhu… Sifu tolak tawaran saya mentah-mentah.


Fasa Pembelajaran Kedua

Sifu Najib cadangkan saya ikuti semula kelas dan follow betul-betul saranan beliau. Nak berjaya kena ikut kata orang yang dah berjaya, jadi saya ikut sebiji-biji seperti yang disarankan. Belajar sesuatu secara berulang kali akan membuatkan kita jadi lebih faham dan jelas.

“Jangan PERCAYA, Buat Je Dulu”

Langkah pertama, Sifu Najib minta buat Like Marketing, saya buat. Mula-mula like page dah adalah lebih kurang 8,000 Like (Itupun Like beli, bukan dari buat Like Marketing…Haha). Selepas buat secara agresif Like Marketing, dalam masa 3 bulan sahaja Like Page sudah mencecah 50,000 Like.

Awalnya, tak nampak hasil lagi. Nampak seperti saya bersedekah sahaja pada FB. Tapi oleh kerana Sifu suruh, saya pejamkan mata dan teruskan buat juga.

Langkah kedua, Brand Awareness. Bak kata sifu, siap la siapa yang dah like, iklan akan mula menghantui pada meraka yang dah like page kita. Dekat sini dah mula nampak kesannya, orang dah mula dihantui dengan iklan Mampu Umrah. Jualan pakej Umrah dah mula rancak.

Langkah ketiga, Jualan. Masa langkah ini jualan dah huru-hara. Untuk pakej umrah hujung tahun 2015  saya ambil 700 seat sahaja, sudah habis awal sedangkan masih ada berbaki 3 bulan lagi untuk promosi. Mulalah rasa rugi ambil 700 seat sahaja. Kebiasaanya orang kita dah last minit, makin ramai yang mendaftar. Aduh menyesal…Hehe. Mujur ada talian hayat, dapat tambahan 300 seat untuk Umrah hujung tahun. Total jadilah 1000 seat untuk tahun 2015.

Hasil jualan pakej Umrah hujung tahun 2015 adalah RM 6 juta. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. dan terima kasih Sifu Najib.

Untuk makluman, saya hanya fokus pada pasaran Johor sahaja. Bak kata sifu FOKUS. Market Johor masih besar lagi untuk diterokai dan lebih mudah untuk saya servis jemaah.

Mampu Umrah sekarang Pioneer untuk syarikat Travel Umrah di FB. Sebelum ini syarikat-syarikat besar umrah pun belum ada page di FB.

Bila dah terkenal ini, banyak manfaat saya terima. Macam mana boleh terkenal? Angkara Iklan Hantu lah ni. Untuk booking seat, kebiasaanya kita perlu letak deposit sekurang-kurangnya 500 per seat. Ini belanja yang kita kena keluar dahulu, seat tersebut terjual atau tidak kita kena keluarkan kos ini untuk dapatkan seat tersebut. Jadi bayangkan kalau 100 seat sahaja sudah berapa banyak kos yang perlu dikeluarkan. Tetapi selepas kita sudah ada nama/Brand dan orang dah kenal, syarikat penerbangan siap offer seat lagi tanpa sebarang bayaran.

Betullah kata Sifu Branding itu penting.

Nak berniaga kena ada kos iklan.

Jangan ikut seperti saya, terlalu lama ambik masa nak percaya. Jangan percaya apa yang Sifu Najib cakap, buat saja dulu. Percaya kemudian.

Jadi nasihat saya pada usahawan-usahawan baru, carilah mentor yang boleh tunjukkan cara yang betul dan sudah terbukti hasilnya. Jangan terlalu kedekut untuk keluarkan kos iklan. Sediakan bajet khusus untuk kos iklan sahaja, sebab ia juga dikira belanja syarikat, jadi guna sebaiknya. Jangan berniaga kalau tak nak keluarkan kos iklan

 

 

Result TERKINI 2016

Untuk 2016 ni Mampu Umrah telah mencapai fans sebanyak 385,000 orang. Hanya dalam masa setahun setengah sahaja selepas berguru dengan Sifu Najib Asaddok. Jumlah jemaah pula telah meningkat ke 3000 orang pada 2016 hanya menggunakan teknik online marketing sahaja.

 

screen-shot-2016-11-28-at-7-14-35-am


Akhir kata, buat sampai jadi!

Ikhlas,

Ruhaizam Abdul Hamid
Pengarah Urusan Elizzah Travel & Tour Sdn Bhd
Page : Mampu Umrah
Website : www.mampuumrah.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !