fbpx
blog najib asaddok

Mula Berniaga Di Usia 5 Tahun, Kini Brand IKEA Dikenali Dunia!

Mula Berniaga Di Usia 5 Tahun, Kini Brand IKEA Dikenali Dunia!

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?”

Ungkapan ni sesuai untuk gambarkan kisah hidup pengasas IKEA, Ingvar Kamprad yang dilahirkan di sebuah ladang kecil bernama Elmtaryd.

Bila sebut nama IKEA ni siapa jer tak kenal kan.. Dah femes satu dunia. Kalau masuk tak beli barangan mereka, paling kurang pun dapat makan meatball.

Memang makan dah tak pandang kiri kanan! Bukan setakat meatball jer yang sedap tapi ada juga makanan Sweden yang lain.

Mula Dengan Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun

Bayangkan seawal usia 5 tahun, Kamprad dah bertatih jual mancis kepada jiran-jiranya. Tak berhenti setakat itu, di usia 10 tahun dia kembangkan lagi bisnes kecilnya dengan jual dekorasi pokok krismas, ikan, benih bunga, pen dan pensil. 

Bagi kanak-kanak lain yang seusia dengannya, mereka mungkin masih lagi bermain tapi berbeza dengan Kamprad! Dia habiskan usia mudanya dengan bisnes. Hebat kan?

Mana Dapat Nama IKEA?

IKEA bukan dalam bahasa Sweden tapi sebenarnya hasil gabungan nama pengasasnya I dan K (Ingvar Kamprad), E (Elmtaryd – nama ladang tempat beliau dibesarkan) dan Agunnaryd (kampung berdekatan). Kalau cantum dapat lah nama IKEA. Korang mesti first time tahu benda ni kan?

Banyak perubahan yang Kamprad buat bukan setakat ubah logo jer tapi susun atur di IKEA juga berubah. 

Kalau korang nak tahu dengan perubahan yang berlaku ni lah mereka boleh grow dan sustain sampai sekarang. Kalau masih kekal guna cara, strategi dan design yang sama alamatnya bisnes bakal ketinggalan dalam pasaran dan pesaing.

Jangan Takut Dengan Perubahan!

Siapa sangka? Dengan bermula jual mancis, Kamprad akhirnya menjadi di antara usahawan terkaya di dunia. Jangan takut untuk mulakan sesuatu.

Kena sentiasa ingat ya.. Tak kira lah anda Ejen, Stokis atau Dropship.. Jangan takut untuk buat perubahan yang boleh bawa bisnes korang pergi lebih jauh.

Setiap orang ada potensi untuk berjaya, sama juga macam bisnes. Yang membezakan setiap orang adalah TINDAKAN yang mereka buat. Kamprad ni dah bertindak seawal usia 5 tahun untuk bantu keluarga dia. Amacam?

Nak tahu banyak lagi? Dapatkan info di www.MomentumBisnes.com

All the best!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !