fbpx
blog najib asaddok

Milo Ais Kayangan..

Milo Ais Kayangan

Hari ni saya nak share sikit tentang mak ayah, saya terdengar satu ceramah tentang satu hari, Rasulullah saw nak naik ke mimbar, untuk khutbah. 

Tiba-tiba Rasulullah saw kata amin. Naik satu tangga amin, naik lagi satu tangga amiinnn.. 

Bila dah habis khutbah, sahabat pun bertanya lalu Rasulullah menjawab, “Tadi Jibril turun dan berkata barangsiapa yang masih ada ibu dan bapa tetapi dia tak dapat menambah amal dan pahala melalui kedua orang tuanya maka celaka lah dia”.

Takut ke takut korang dengar? Takut sangat sebab kadang-kadang kita tak ada masa untuk ibu bapa. Saya pun rasa bersalah sebab selalu busy dengan kerja. 

Air milo ais ni ada kaitan sebab malam tadi anak-anak saya minum air milo ais kayangan dengan mak ayah saya. 

Nak dipendekkan cerita, mak saya ni kan tak biasa minum air macam tu jadi dia tegur, “Amboi, banyaknya anak kau order”. Saya tak terus cakap “Apa mak ni biar lah” tapi saya gunakan bahasa yang elok untuk bercakap dengan mak saya. 

Saya selalu ingatkan diri jangan sesuka hati guna bahasa yang boleh buatkan hati mak ayah kita terguris melainkan kita betul-betul tak sengaja. Bila tak sengaja kita kena cepat-cepat minta maaf. 

Bila nak faham mak ayah ni kita kena ada ilmu, tak boleh la nak rasa kita je betul walaupun kita belajar tinggi. Korang dapat sesuatu daripada perkongsian saya?

Saya akan share lebih lagi dalam video ni. Pastikan korang tonton sampai habis tau..

Korang nak info yang boleh bantu naikkan jualan bisnes dan tarik lebih ramai pelanggan? Jom join channel telegram untuk dapatkan info dan maklumat lanjut di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !