fbpx
blog najib asaddok

MenThor Saya, Datuk Wira Dr Azizan Osman Kini Antara Pemegang Saham Utama MPay

MenThor Saya, Datuk Wira Dr Azizan Osman Kini Antara Pemegang Saham Utama MPay

Johor: Anak bumiputera Malaysia Datuk Wira Dr Azizan Osman kini menjadi salah seorang pemegang saham utama dalam ManagePay Systems Berhad (Mpay). Beliau kini mempunyai pegangan langsung berjumlah 44 juta unit saham dalam syarikat itu, yang dimaklumkan dari pihak Mpay di Bursa Malaysia.

Mpay merupakan syarikat yang menyediakan bayaran elektronik ‘end-to-end’ bagi bank dan institusi kewangan, peruncit serta pemegang kad yang beroperasi di negara ini. Produk yang ditawarkan dari Mpay juga, adalah bagi tujuan untuk membantu komuniti yang tiada akses kepada penggunaan kredit kad, mempunyai peluang menggunakan alat dan servis perbankan digital.

Manakala anak syarikatnya, ManagePay Services Sdn Bhd sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan syarikat khusus bagi menubuhkan sebuah syarikat yang akan menjadi bank digital. Usaha sama ini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Jika diluluskan, digital bank ini akan beri manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia. Kecenderungan melakukan transaksi atas talian ini semakin kerap berlaku kerana masyarakat pada hari ini suka mencari jalan yang paling mudah, jimat dan cepat. 

Menurut artikel dari The Edge, Founder dan juga Managing Director bagi Mpay, Datuk Chew Chee Seng mengatakan, Mpay dengan mudah akan menggandakan pendapatan tahun lalu untuk tahun 2021 kerana telah membina pendapatan yang mampan selama bertahun-tahun, ditambah pula dengan rancangan digital banknya yang stabil.

Tahniah diucapkan kepada Menthor saya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman kini antara pemegang saham utama MPay. Hal ini membuktikan anak Melayu boleh bangkit dan berjaya. Saya juga sebagai anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman berasa bangga dengan kejayaan dan pencapaian terbaru beliau.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !