fbpx
blog najib asaddok

”MAK KEJE KILANG JER CIKGU”.

 

”Mak keje kilang jer cikgu”,

Itulah jawapan jika di sekolah cikgu bertanya pada saya apa pekerjaan mak saya. Tanpa rasa malu atau rendah diri saya gagahkan diri untuk menjawab soalan sebegitu.

Ya! Emak saya terpaksa bekerja sebagai operator kilang dengan gaji RM300-RM400 sebulan untuk menyara 6 orang anak. Emak pernah kerja kilang makanan, pakaian, elektronik dan perabot.

Paling saya hiba dan sedih masa mak bekerja di kilang perabot, emak kata tak tahan sebab banyak habuk. Tak lama mak kerja kat situ sebab tak tahan.

Emaklah menjadi sumber ‘BIG WHY’ dan kekuatan untuk saya berjaya demi membalas segala jasa mak yang bersusah payah selama ni dengan keringat dan air mata mak.

Jatuh bangun saya dalam bisnes pun mak sentiasa beri galakan dan doa walaupun satu ketika dulu emak tak setuju dan membantah saya buat bisnes. Katanya takut takder masa depan. Tapi selepas satu detik mak lah orang yang tak berputus asa malah sentiasa menitipkan doa untuk saya setiap hari.

Kejayaan hari ini adalah kejayaan untuk emak!

(Dalam gambar tu adalah ketika emak menunggu van kilang untuk mengambil mak. Mak kerja shif petang ketika itu dan akan pulang jam 11 malam..Kesian sangat pada mak ketika tu…)

Saya yakin anda pun pastinya nak gembirakan orang yang anda sayang dalam hidup. Buatlah sesuatu bersungguh-sungguh dan lihat wajah orang yang anda paling sayang. Pastinya semangat anda pasti akan meningkat berganda-ganda.

Buat sesuatu untuk mereka! Upgrade ilmu & upgrade jualan anda tau…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !