Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Pemasaran Facebook

Lubang-Lubang Rahsia Dalam Pemasaran Facebook Didedahkan

Mohd Najib by Mohd Najib
May 14, 2016
in Pemasaran Facebook
0 0
0
Lubang-Lubang Rahsia Dalam Pemasaran Facebook Didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Salam

[vertical_spacing height=”20″]

Alhamdulillah hari ni diberi kelapangan masa oleh Allah SWT untuk saya nak share satu lagi pendedahan langkah nak mulakan pemasaran di facebook. Info ni hasil berguru pada hari semalam 8 Nov 2014 di Seminar Chapter F Jamal Sifu FB Ads & pengalaman sendiri guna fb ads sejak 2011. Teruskan bacaan supaya anda tak terlepas beberapa point penting dan strategi dalam melakukan pemasaran fb ads.

[vertical_spacing height=”20″]

IMG_0601

Bersama-sama sahabat Pemuda Pas Johor ke seminar Chapter F. Saya adalah Ketua Untuk Jabatan Pembangunan Usahawan Pemuda Pas Johor menganjurkan trip untuk sama-sama meningkatkan Ilmu Pemasaran & Kewangan.

IMG_0611

[vertical_spacing height=”20″]

FB Ads tu apa?

Mungkin masih ada lagi yang tak tahu apa itu fb ads & kegunaannya dalam pemasaran internet. FB ads tu sebenarnya satu cara untuk anda beriklan di dalam laman facebook. Dengan jumlah pengguna fb seramai 16juta orang di Malaysia inilah lubuk anda mendapatkan pelanggan dari pengguna fb. Kalau anda dapat menguasai 1% dari jumlah pengguna pun dah huru hara bisnes anda.

Meh saya tunjukkan contoh-contoh iklan di facebook & placement iklan.

[vertical_spacing height=”20″]

pemasaran_facebook_fb001

[vertical_spacing height=”20″]

pemasaran_facebook_mobile001

Bagi anda yang masih baru anda perlu tahu kenapa perlu memilih untuk iklan fb ads ni keluar di placement yang mana satu. Kebiasaannya dari pengalaman saya & yang dikongsikan oleh saudara Jamal Sifu Fb Ads placement iklan ni mengikut tujuan atau objektif sesuatu iklan. Contohnya

[vertical_spacing height=”20″]

  • Iklan LIKE – mobile
  • Iklan Kumpul list/Buat jualan – Desktop/Sidebar
  • Iklan Nak Create Awareness/Perhatian – Sidebar
  • Iklan teknik oren (buat sales di mobile) -Mobile

PENTING: Pastikan Placement anda tepat, jika tidak buat habis kos promosi & tak tahu placement mana satu yang berkesan

[vertical_spacing height=”30″]

Macam mana pulak facebook kira cara bayaran bagi setiap iklan?

Sebelum kita teruskan pada cara bayaran ni, anda perlu tahu berapa kos minimum untuk mengiklan di facebook & bagaimana menetukan badgut harian.

[vertical_spacing height=”20″]

Untuk beriklan di facebook anda hanya perlu keluarkan bajet harian (daily budget) RM3 sahaja sehari.

Lebih tinggi bajet harian lebih tinggi jumlah trafik/prospek yang dapat anda tarik. Nak beriklan guna flyers RM100 pun masih tak cukup, nak iklan kat suratkhabar mesti perlu sekurang-kurangnya RM3000 ke atas…fuhhh..besar tu!

[vertical_spacing height=”20″]

Ok ni pun perkara/point penting perlu anda tahu supaya tak main belasah jer masa beriklan. Nanti kos promosi/wang ringgit anda burn macam tu jer…Baca betul-betul ya..

[vertical_spacing height=”20″]

[vertical_spacing height=”20″]

Apa yang perlu anda faham dalam penentuan harga ni?

1. Cost Per Click (CPC)

Iklan yang macam ni facebook akan kenakan bayaran bila prospek klik iklan anda. Katalah 1 klik tu RM0.20 maka kalau ada 10 klik anda akan dicaj RM20. Kalau tiada yang klik maka facebook takkan kenakan sebarang bayaran. Apa yang untung di sini? Iklan anda jika keluar banyak kali pun anda tak dicaj lagi sehingga orang klik. Maka mudahlah anda nak menarik perhatian orang tanpa sebarang caj. Cuma kelemahannya kadang-kadang iklan yang guna CPC ni dia agak slow atau lambat jalan. Maka tak ramailah yang nampak.

[vertical_spacing height=”20″]

2. Cost Per Impression

Iklan yang guna setting ni akan dikenakan bayaran setiap kali 1000 kali iklan keluar pada wall prospek. Orang tak klik pun tetap anda akan dikenakan bayaran bila iklan keluar pada 1000 kali. Yang ni memang jarang orang guna disebabkan duit cepat jer disedut oleh fb. Senang cerita tak digalakkan guna setting bayaran macam ni

[vertical_spacing height=”20″]

3. Optimize For Impression (OCPM)

Iklan yang guna setting ni memang akan keluar cepat senang cerita macam enjin turbo. Anda berikan satu bajet dan facebook yang akan menentukan harga serta fb akan cuba buatkan iklan anda mencapai reach yang tinggi. Cuma tak digalakkan letak daily budget yang besar sebab takut kos iklan akan tinggi.  Kalau nak guna setting ni buat set iklan (Adset) tu banyak-banyak dengan target umur/interest yang berbeza.

[vertical_spacing height=”20″]

pemasaran_facebook_fb003

Jenis-jenis bidding harga

pemasaran_facebook_fb003adset

Antara Iklan yang dimestikan guna OCPM adalah Iklan Page Likes & buat beberapa adset dengan budget yang rendah.

 [vertical_spacing height=”20″]

Jadi bila nak mula iklan nak pilih yang mana satu dulu ?

Hah tu soalan yang menarik. Ia bergantung pada objektif iklan anda.

Jika anda buat iklan LIKE anda WAJIB guna OCPM dengan bajet yang rendah tau tapi banyak set iklan. Macam dalam gambar kat atas ni…ada fahammm? hehehee

 [vertical_spacing height=”20″]

Kalau iklan nak buat sales/kumpul list?

Ok anda mula dulu dengan buat iklan CPC (cost per click). Letakkan daily baudget tinggi dulu supaya cepat approve. Kalau dah iklan dah jalan anda boleh turunkan kos daily budget sebab ikut pengalaman biasanya kalau kita letak bajet RM50, dia takkan guna sampai habis. Kadang-kadang cuma tak sampai separuh.

Katalah tak jalan juga iklan tu, anda naikkan BID CPC tu..kalau masih tak jalan barulah anda tukar pricing iklan kepada OCPM. InsyaAllah memang jalan laju iklan tu.

 [vertical_spacing height=”10″]

Ok lah saya ringkaskan dulu apa yang anda perlu buat untuk bermula.

 [vertical_spacing height=”5″]

1. Create Fanpage (boleh rujuk youtube jer)

2. Buat iklan untuk tarik LIKE. Apa tujuannya?

  • Click Throught Rate akan jadi tinggi, kos pun akan turun
  • Iklan anda akan kerap dilihat oleh prospek, kira berhantu lah tu… 🙂
  • Meningkatkan kredibiliti page anda.

3. Post iklan anda

4. Iklan post tadi tu anda buat iklan page post engagement dan target pada fans anda (orang yang dah LIKE)

5. Prospek akan mula menyebabkan bisnes anda huru hara(banyak sales lah tu)..InsyaAllah..

Banyak lagi trategi lain akan saya post dalam artikel berikutnya ya..tak kira samada fb marketing mahupun email marketing yang lebih POWER!

Harap artikel ni membantu..Rajin-rajin sharekan pada kawan-kawan anda ya! Dapat pahala…

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
Kisah & Cara Sebenar Buat Affiliate Marketing Di Malaysia

Kisah & Cara Sebenar Buat Affiliate Marketing Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In