fbpx
blog najib asaddok

Langkah PERTAMA ni silap, Kos Marketing CONFIRM Lebur!

Langkah PERTAMA ni silap, Kos Marketing CONFIRM Lebur!

Ramai usahawan hari ni yang semakin sedar potensi Facebook Ads marketing sebab bilangan pengguna Facebook tu sendiri semakin meningkat. Ketika saya tulis artikel ni bilangan pengguna Facebook di Malaysia dah mencecah 20 juta orang. Wowww! Lubuk pelanggan berkumpul ni!

Kalau tak digunakan secara maksimum dan Efektif pasti kita sebagai Usahawan akan rugi besar! Setuju ke setuju?

Tapi FB ads marketing tu sendiri ada cara & langkah yang tepat serta berkesan. Masalahnya ramai usahawan yang buat 3 kesilapan ni

i) Buat fbads marketing secara membuta tuli jer, tak pasti mana langkah perlu dibuat dulu. Bina fans pun diabaikan macam tu jer.

ii) Terus buat SALES sahaja tanpa buat bakal pelanggan kenal mereka terlebih dahulu, ini bertentangan tau dengan prinsip pemasaran yang paling asas iaitu SHARING.

iii) Tak tahu pun berapa sepatutnya KOS yang perlu dibelanjakan untuk mencapai matlamat jualan. Kita nak pergi mana-mana destinasi pun kena tahu ke mana lokasi nak dituju dan kita akan bajet berapa banyak duit minyak perlu dibelanjakan, barulah boleh sampai target destinasi. Kan!

Jadi topik penting saya nak kongsikan kepada anda hari ni cuma 1 perkara, tapi kalau anda abaikan perkara ni seluruh kos marketing anda akan MELEBUR dan anda akan dapati iklan fb anda seperti tak PERFORM langsung.

Topiknya ialah LIKE MARKETING !

Like marketing adalah untuk tambah fans atau followers page anda. Lebih ramai fans anda, lebih tinggi peluang anda untuk menambah PELANGGAN. Kebanyakan page yang mempunyai bilangan fans yang ramai selalunya mencapai JUALAN yang sangat tinggi.

Masalah terbesar ramai usahawan ialah tak bina fans ni! Sebab tu sales jadi slow dan malu-malu kucing.

Apa pentingnya tambah fans ni? Kita bincang ni dulu..teruskan bacaan tau. Penting ni !

  1. Lebih tinggi fans lebih tinggi peluang untuk menambah pelanggan anda.
  2. Lebih mudah untuk buat fans anda NAMPAK anda lebih kerap berbanding bukan fans. Kan bila selalu nampak manusia mudah terpengaruh. Banyak jenama yang kita gunakan hari ni adalah sebab kita selalu nampak brand tu depan mata terutamanya iklan. Contoh Milo, Maggi, Honda, Toyota.
  3. Langkah BRAND AWARENESS atau untuk selalu orang nampak kita WAJIB target pada fans sahaja. Barulah langkah ni akan jadi berkesan. Fans mempunyai peluang tinggi untuk nampk iklan anda lebih 10 kali sehari dengan kos serendah RM0.001 untuk sekali nampak.
  4. Fans lebih mudah untuk klik iklan anda, dan ini menjadikan Click Throught Rate ( CTR ) semakin tinggi. Bila CTR tinggi kos akan jadi semakin jimat dan murah.
  5. Makin ramai fans lebih senang apa yang anda SHARE nanti diviralkan. Ini peluang untuk memaksimumkan teknik zero cost marketing.

Fuhhh ni kalau senaraikan lagi ada banyak lagi sebenarnya tau. Tapi anda fahamkan tu dulu lebih penting. Faham ke faham setakat apa saya tulis ni? 🙂

Sifu Najib, apa langkah penting nak buat LIKE Marketing ni?

Ya itu soalan yang bagus! Mai saya explain lebih details apa perkara dan langkah yang anda perlu lakukan sekarang. Anda perlu perhatikan beberapa point penting yang perlu diberi penekanan.

screen-shot-2016-10-20-at-1-23-48-pm

GAMBAR

Like marketing ni matlamatnya nak pastikan orang LIKE page anda dan terus menjadi fans anda. Jadi perkara pertama untuk pastikan mereka klik Like pada page anda adalah GAMBAR yang anda gunakan.

Cer tengok contoh2 gambar LIKE ni

Gambar tu mesti mampu menarik perhatian bakal pelanggan anda, sebab tu penting gambar tu mampu menarik EMOSI diorang. Gunakan gambar yang simple, sebaiknya jangan lebih dari 3 warna. Gunakan juga gambar yang CLEAN serta simple.

Kalau ada gambar wajah manusia lebih baik sebab ia mampu menarik EMOSI dengan cepat. Macam ni kalau nak senang anda pergi ke website ni untuk tengok contoh2 gambar produk yang menarik

——> www.pinterest.com

Anda modelling sahaja contoh gambar dari website tu, dan sesuaikan dengan produk/servis yang anda lakukan. Senangkan!

copywriting

 

COPYWRITING

Ya ini lagi penting, ayat kena power macam dulu masa mengurat. Kan masa kita nak dapatkan pasangan kita ada ayat mengurat supaya dia ‘LIKE’ kita.. ala ala macam tu lah like marketing ni.

Ayat anda guna tu pendek, tapi mampu menarik perhatian bakal pelanggan untuk LIKE page anda. Jadi saya nak guide macam mana anda nak tulis ayat LIKE ni.

i) Tulis apa perkara paling best pelanggan puashati sangat dengan produk anda. Ambik contoh diorang suka makan kuih dahan rapuh sebab

  • gebu
  • berlemak
  • rasa rangup dan lazat

Jadi amik respon diorang untuk tulis ayat LIKE macam ni

Perghh, Dahan Rapuh ni betul2 buatkan lidah saya bergetar dek KEGEBUAN & Kerangupannya. Marbeles! LIKE!

Ayat LIKE tak boleh panjang, maksimum 2 baris sahaja.

Tulis jer dulu, nanti anda boleh adjust.

ii) Keunikan produk anda, apa yang superb dan special serta lain dari pesaing berkaitan produk anda. Contoh

Ibu & Ayah yang ada masalah buah pinggang dah MAMPU buat UMRAH senang. mudah dengan pakej umrah dialisis. LIKE!

Cuba senaraikan kedua2 perkara yang saya sebutkan tadi tu,  tulis semua yang anda terfikir sekarang juga! Confirm anda akan lebih senang nak tulis ayat copywriting LIKE lepas ni.

Tulis sehingga 100 kali kalau anda nak RESULT yang bagus dan SALES yang superb lepas ni. Serius! Itulah yang saya buat sebelum ni sebab saya tahu saya sangat lemah nak menulis. Practise make IMPROVEMENT !

targetaudience

TARGET AUDIENCE

Anda kena ingat, bukan semua orang adalah pelanggan kita. Kita kena kenalpasti siapa orang yang sepatutnya menjadi pelanggan kita. Barulah anda tak main tembak secara rawak jer masa buat marketing. Itu yang mempercepatkan peleburan kos dalam pemasaran.

Dalam LIKE marketing strategi ni anda kena target page yang sama industri dengan anda. Sebab tu kenalpasti juga anda punya bisnes dalam kategori indsutri apa.

Saya amik contoh senarai page yang anda patut fokus untuk setiap industri

Fesyen ( Tudung, Jubah, Baju )

Fareeda, Sugarscarf, Aidijuma,

Makanan ( Tak kira restoran ke, frozen ke dll )

KFC, Mcdonalds, Secret Recipe, Resepi Sheila Rusly, Dunkin Donut, Marybrown, Nescafe, Nestle

Business ( Training, Printing untuk biz, Target Usahawan )

Azizan Osman, Sifufbads, Dato Dr Fadzilah Kamsah, prof Muhaya

Kewangan ( Takaful, Unit Trust )

Senarai bank – Maybank, CIMB, Public Bank, Bank Islam, Bank Muamalat

Ustaz2 & ustazah

Umrah, Haji ( Travel atau kelengkapan )

Tabung Haji, Page Ustaz2 & Ustazah

Automotif ( Produk/Servis/Aksesori )

Honda, Proton, Toyota, Mercedes, BMW dll

Paultan, Carlist

Aduhhh penat tangan menaip ni, ada banyak lagi kalau nak tuliskan ni. Fokus satu persatu sebab setiap peg tu pun ramai giler fans dia kalau anda nak tapau semua.

Anda kena target audience yang betul ikut industri mana anda tengah buat sekarang. Masalah akan jadi kalau anda buat pelbagai jenis bisnes. Sebab tu WAJIB fokus satu jenis bisnes sahaja!

PLACEMENT ADS

Iklan LIKE marketing ni anda wajib letakkan placement ad hanya pada MOBILE Feed sahaja. Jika tidak habis kos anda melebur macam tu jer. Budget daily pulak letakkan RM15 sahaja untuk setiap adset.

Jadi kalau nak bina ramai fans sehari kena buat banyak adset. Tak faham? Kena belajar direct dengan saya ni dalam Seminar yang saya adakan. InsyaAllah lagi senang nak faham belajar live dan berdepan ni.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !