fbpx
blog najib asaddok

LANGKAH NAK UPGRADE SALES BISNES ANDA DARI 4 ANGKA HINGGA 5 ANGKA

 

 

Kebanyakan usahawan yang baru cebur dalam bisnes ni selalu akan hadapi masalah, nak ambil masa untuk pecahkan telur sales 4 angka kepada 5 angka.

Kadang-kadang ada bisnes yang stuck kat sini selama bertahun-tahun sebab tak jumpa tune, atau tak jumpa cara untuk upgrade.

Usahawan yang stuck biasanya dia ada masalah dari kefahaman dia tentang marketing.

Marketing bukan sekadar setting ads, nak tekan butang mana atau cari interest yang mana satu. Itu isu teknikal.

Untuk peringkat awal, isu teknikal bukan isu paling kritikal atau paling susah. Apa yang susahnya ialah dia kena jelas sebenarnya marketing tu apa sebenarnya.

Marketing ni luas. Marketing adalah proses nak tarik orang kepada jenama / bisnes kita.

So, proses marketing ni banyak dan skopnya luas.

Nak dapatkan gambaran tentang marketing serba sedikit, content ini permudahkan anda untuk anda terus ambil tindakan apa yang anda kena buat dan kena faham terlebih dahulu.

Bila anda dah jelas, barulah tindakan anda tu sangat senang sebab dah tahu.

 

Pertama sekali anda kena tahu apa pelanggan anda nak sebenarnya. Apa keperluan dia yang sangat mendesak?

Bila anda tahu perkara ni, barulah anda akan tahu kenapa ada orang jenis tak banyak tanya, dia terus transfer dan beli.

Orang terdesak, dia akan dapatkan produk / servis tanpa banyak soal.. Tahu-tahu dah masuk duit.

Reason pelanggan anda WAJIB tahu. Sebab bila anda tulis copywriting nanti, anda akan dapat 1,000 pelanggan macam yang dah beli dari anda sebelum ni.

 

Setiap orang ada perangai dia. Tapi benda paling anda wajib tahu apa dia suka dan apa dia tak suka dalam pemasaran online.

Trend sekarang adalah orang ramai tak suka bila orang salesman datang terus jer menjual atau promote barang yang dia jual.

Majoriti orang memang tak suka. Apatah lagi dalam online. Buat iklan jer terus menjual. Orang tak suka macam tu.

Marketing ada proses, ada perkara anda kena buat sebelum datangnya menjual. Kalau anda faham perkara ni, senang anda nak jual tanpa anda sebut pun nak jual pada dia.

 

Tak kenal, maka tak cinta. Pepatah ni dah lama sejak zaman dahulu lagi.

Kalau anda tak kenal emosi manusia, macamana anda nak buatkan manusia suka dengan bisnes anda?

Emosi adalah asas dalam copywriting, asas dalam marketing. Sebab ia akan pengaruh manusia.

 

Ayat manis, ayat manja, ayat beremosi yang power akan mudah pujuk manusia dan pelanggan anda.

Pandai pujuk dalam pemasaran online maksudnya copywriting anda kena power.

Copywriting ada banyak jenis dan banyak teknik. Tapi yang mana satu anda nak tahu ianya berkesan untuk produk / servis anda?

 

Sistem yang tersusun akan mudahkan sales masuk. Kalau anda tak ada sistem, anda takkan dapat kesan sales masuk dari mana dan anda tak boleh kenal pasti yang mana berkesan bawa sales masuk.

Dari situ anda boleh duplicate cara yang berkesan dan gandakan sales anda secara sistematik.

 

Anda kena mudahkan cara pembayaran.

Ada orang suka transfer, ada orang suka bayar online, ada suka guna debit / kredit kad, ada orang suka bayar secara ansuran.

Bila anda ada kesemua cara pembayaran ni, maka senanglah orang nak bayar dan kurangkan alasan mereka untuk bayar sebab dah senang..

Dalam Roket Pemasaran Momentum ada sesi penerangan bagaimana anda boleh permudahkan proses pembayaran customer supaya anda senang buat sales tanpa risau cara pembayaran yang berkesan.

 

Sudah pasti strategi yang berkesan akan mudahkan anda buat sales dengan efektif.

Strategi marketing berkesan akan menghasilkan sales yang meroket.

Ramai usahawan tersangkut dalam bab strategi dan sebabkan bisnes dia sampai hari ni belum mampu nak pecah masuk kepada 5 angka.

Apa strategi yang berkesan? apa strategi yang tepat untuk bisnes anda?

Semua ni bakal terjawab dalam Roket Pemasaran Momentum.

www.rpm2018.com

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !