fbpx
blog najib asaddok

Langkah Bina Facebook Ads Buat Pelanggan Rebut

Langkah Bina Facebook Ads Buat Pelanggan Rebut

“Facebook Ads ni susah lah nak buat. Orang tak nampak pun?” Okay, hari ni Abang Jib nak share sikit macam mana langkah yang betul untuk bina Facebook Ads yang boleh buat pelanggan ni rebut..

Kalau bisnes yang anda jalankan ada kedai secara fizikal , anda boleh gunakan strategi yang kita panggil dia secara target “local”.

Maksudnya kawasan yang berada di sekeliling jer yang akan nampak posting “iklan” anda.. Cumanya sekarang ni ada beberapa kekangan yang terjadi sebagai contoh…

  1. Bisnes di Kedai tiada pengunjung
  2. Orang susah nak datang, takdapat nak rentas negeri.

Ini semua terjadi. Bila strategi bisnes yang dijalankan masih gunakan cara yang lama.. Cara yang tak berkesan.

Banyak kedai-kedai yang tutup disebabkan tak ada pelanggan yang datang atau lebih mudah kita panggil tak ada pembeli..

Jantung kepada setiap bisnes ialah “Marketing”. Cuba anda bayangkan kalau jantung untuk bisnes ni tak berfungsi ataupun “Mati”.. Dan secara tak langsungnya bisnes pun akan turut ikut sama.

Kat penghujung nanti saya akan kongsikan cara bagaimana strategi yang berkesan & relevan pada tahun sekarang. Tapi tu hujung nanti ya, sekarang ni fokus untuk bahagian belajar ni dulu.

Saya akan kongsikan cara untuk gunakan Facebook Ads dengan betul & berkesan supaya kos pelaburan marketing anda tak hangus tapi dapat pulangan modal & profit!

Langkah Bina Facebook Ads Buat Pelanggan Rebut

Ini adalah interface ataupun muka depan Facebook Ads, dalam ni ada banyak button nak tekan. Silap tekan button, lebur duit korang.

Jadi untuk bahagian ni, korang mulakan dulu dengan dapatkan ramai followers supaya bisnes anda sentiasa ada “Customer” yang nampak. Yelahkan Marketing ni nak buat orang nampak wujud bisnes tu.

Jadi pilih pada butang “Engagement” kemudian pilih pada button “Page Like”.

Langkah Bina Facebook Ads Buat Pelanggan Rebut

Untuk bahagian ni, ubah nama di bahagian Campaign Name. Tujuannya supaya anda mudah tahu Facebook Ads ini di wujudkan pada bulan atau tahun bila..

Selepas selesai, terus klik pada button Next. Haaa button yang lain, yang saya tak ada kongsikan tu tak perlu tekan tau! Jangan percaya buat jer..

Langkah Bina Facebook Ads Buat Pelanggan Rebut

Okay ni adalah langkah yang ketiga. Bahagian ini, pastikan anda memilih Facebook Page anda ya. Jangan cari Najib Asaddok pula! Hehehe, sebab itu adalah Facebook Page saya.

Selepas pastikan Facebook Page anda dah dipilih, bahagian dibawah itu adalah pada costing ataupun budget.

Bahagian ni saya sarankan untuk anda letakkan pada nilai RM15 sahaja sehari. Sebab ini adalah cost yang paling efektif!

Okay dekat bahagian Audience ataupun SIAPA pelanggan yang kita nak target. Dekat sini lah anda perlu tahu bisnes anda ni siapa yang beli.

Pssttt, ni tips saya nak bagi.. Jangan target semua orang! Saya sarankan kalau umur ambil potential buyers ataupun orang yang ada kuasa membeli iaitu sekitar umur (25-44)

Lokasi itu pilihan anda ya, dimana anda nak target. Kalau di bahagian bandar, target pada Selangor boleh, Johor pun boleh.. Terpulang pada SIAPA pelanggan anda ya! Okay jom kita teruskan..

Kesilapan ramai orang bila gunakan Facebook Ads ni, mereka biarkan bahagian Placement ni secara “Automatik”. Alert bahagian ni ya, pastikan pada bahagian ni pilih untuk gunakan “Manual”

Selepas pilih bahagian Manual, pilih pula bahagian device jadikan sebagai Mobile sahaja sebab ramai yang gunakan Mobile untuk tengok social media..

Kemudian pastikan tick hanya di bahagian Facebook & Facebook News Feed jer! Taknak tick yang lain. Pastikan yang lain kita Untick!

Kenapa Facebook? Sebab Facebook ni boleh dikatakan antara social media platform yang terbesar setakat ni sebabnya ada sebanyak 28Juta Pengguna di seluruh Malaysia..

Jadi banyak sebenarnya peluang untuk anda dapatkan pelanggan melalui Facebook ni tau!

Ouh ya lepas dah selesai bahagian ni, terus klik button “Next”. Bahagian lain jangan sentuh ya yang saya tak mention atau saya tak katakan..

Okay kita dah pun sampai di bahagian hujung. Bahagian dimana kita perlu letakkan Media iaitu (Gambar atau Video) beserta juga letakkan ayat copywriting anda..

Ayat tu kena buat ayat yang power tau. Jangan ayat menjual.. Saya bagi contoh ayat yang berpengaruh atau emosi..

Ni contoh ayat untuk bisnes telekung —> Anda jumpa manusia, anda pakai pakaian terbaik. Tapi anda jumpa ‘Dia’, anda pakai yang paling lusuh. Hamba jenis apa ni? Follow kami untuk tarik keberkatan

Amacam.. Power ker power ayat copywriting ni? Anda buat la ayat ikut kesesuaian bisnes anda. Sebab itu adalah kepakaran anda.

1 lagi tips untuk anda, ingat ayat ni ya. “People Buy With Their Heart, Not Their Head”! Bukan Fakta yang kita cakap, tapi emosi yang patut kita sentuh.

Selepas selesai bahagian Gambar & Copywriting, tekan jer terus Button Publish… Dah siap Facebook Ads anda untuk menarik ramai pelanggan datang ke Facebook Page anda.

Amacam.. Best ker best? Nak ke nak kalau saya bagi panduan secara percuma jer. 7 video saya nak berikan untuk anda akses secara PERCUMA jer.

7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama.. Jom akses terus untuk belajar lebih lagi mengenai Facebook Ads di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !