fbpx
blog najib asaddok

Kuasa Roket Emel bantu 50,000 usahawan

SEJAK dilancarkan pada 2015, Seminar Roket Emel berjaya membantu lebih 50,000 usahawan dari seluruh negara, Singapura dan Indonesia.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Najib Asaddok berkata, seminar yang dianjurkan syarikatnya memberi fokus kepada selok-belok pasaran perniagaan melalui media sosial seperti Facebook.

“Hari ini, kita dapati ramai usahawan memiliki masalah bukan dari segi produk tapi pemasaran. Mereka tidak memiliki kemahiran yang tepat bagi menarik minat orang ramai untuk membeli produk yang ditawarkan.

“Jadi melalui seminar ini, kami cuba bantu usahawan untuk meningkatkan jualan mereka melalui kaedah pemasaran yang lebih berkesan di sosial media seperti Facebook,” katanya yang ditemui pada Seminar Roket Turbo 2017, baru-baru ini.

Menurutnya, peserta yang mengikuti seminar secara tidak langsung akan menyedari kesilapan yang dilakukan terutama dari segi pemasaran yang menyebabkan perniagaan berjalan perlahan.

“Mereka akan diajar tindakan dan kaedah yang perlu dilakukan untuk memantapkan proses perniagaan peringkat demi peringkat. Kita juga cuba selitkan elemen-elemen emosi untuk pengajaran yang lebih berkesan.

“Alhamdulillah, ramai usahawan berpendapatan RM10,000 ke bawah berjaya melepasi peringkat itu. Lebih membanggakan ada juga berjaya mengubah perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

 

Kredit & sumber dari akhbar Sinar Harian
Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !