Korang BISNES INDUSTRI PAKAIAN? Ni ada 7 TIPS untuk bisnes baru nak UP!

Ramai usahawan dalam industri pakaian, baju ataupun fashion, bisnes dia tak tahan lama. Kalau korang perhatikan, kedai-kedai kecil dekat mall seperti Giant, Tesco ataupun mana-mana kedai, tutup. Tak kurang banyak owner bisnes pakaian atau fashion mengharapkan sales bulan Ramadhan je. 11 bulan lain, sunyi tanpa khabar berita.

Kenapa harus jadi macam tu? Kenapa industri fashion banyak bisnes datang dan pergi begitu je?

Korang yang ada dalam industri ni kena berubah. Dah tak boleh main cara yang sama lagi. Industri pakaian atau fashion ni sangat evergreen, ataupun sangat mudah sebab pakaian kan keperluan orang. Tak kiralah lelaki, wanita ataupun untuk kanak-kanak. Korang je tak jumpa cara, strategi dan tips untuk kekalkan momentum sales korang.

Nak tahu tips nak kekalkan sales walaupun selain bulan Ramadhan? Teknik atau tips ni kalau korang buat, memang boleh buat orang beli tak kira Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Ogos ataupun September..

Bila dah baca tolong buat ye.. Tips ni mahal tau, kalau tak buat memang korang cari nahas.

  1. BRANDING

Perkara asas yang anda WAJIB buat sekiranya nak berbisnes dalam bidang pakaian adalah BRAND bisnes anda. Apa BRANDING yang anda nak pakai? Apa logo yang anda nak tonjolkan? Apa warna yang anda nak gunakan?

Semua ini sangat perting untuk perkenalkan BRANDING anda. Walaupun anda hanyalah vendor, stokis, ejen mahupun dropshipper, anda tetap kena ada BRANDING sendiri.

Sebab BRANDING yang buatkan orang percaya dengan bisnes anda. Tak kira anda jual produk orang sebab bila anda dah bina jenma sendiri, orang lebih percayakan bisnes anda, tak kira produk pakaian apa sekalipun, dia tetap percaya dan beli dari anda. Bila sales dan bisnes dah berkembang, anda sebenarnya dah ready untuk hasilkan produk pakaian anda sendiri dengan jenama yang orang dah percaya, tak perlu buang masa buat branding baru.

2. MARKETING

Untuk jadikan branding anda ‘cantik menarik tertarik kau memang daboom’, kuncinya adalah pada MARKETING. Sebab MARKETING lah yang boleh buatkan orang nampak, kenal, suka dan percaya. Kalau anda tak buat MARKETING, siapa yang nak guna pakaian anda?

MARKETING tak boleh putus, tak boleh sekejap buat sekejap tidak, tak boleh ada musim. MARKETING wajib buat sepaanjang masa, waktu dan tanpa berhenti. Iklan jenama besar seperti H&M, Uniqlo, ZARA dan jenama besar lain semuanya tidak putus buat MARKETING secara online ataupun offline.

Kalau bisnes atau brand anda baru nak up, tak perlu risau, anda perlu fokus MARKETING secara online. Lebih jimat, lebih efektif, lebih capai pada orang dan mudah nak bina kepercayaan dengan prospek dan pelanggan. Dah ada duit esok lepas sales online kencang, boleh fikir untuk buat secara offline pula. Banyak bisnes yang guna cara ini, semuanya meletup.

3. PROMOSI

Bisnes pakaian atu fashion memang tak boleh lekang dari PROMOSI. Anda tak boleh kedekut untuk berikan diskaun, potongan harga, jualan lelong dan sebagainya sebagai salah satu teknik promosi. PROMOSI yang berkesan akan sebabkan sales masuk tak berhenti. Memang laju sales akan masuk, insyaAllah anda kena yakin.

Nak buat PROMOSI mestilah kna kreatif. Bulan ini muka anda berikan inner percuma pada setiap pembelian tudung esklusif anda, bulan hadapan, anda berikan diskaun 20% untuk pembelian tudung biasa dan bulan satu lagi anda berikan kupon RM20 untuk pembelian seterusnya. Ianya kreatif, anda boleh buat apa sahaja. Tapi pastikan anda dah kira berapa keuntungan selepas anda dah tolak dengan promosi supaya margin tetap anda. Jangan risau kalau margin sedikit rendah, tapi anda sebenarnya kejar kuantiti, mungkin akan lebih untung berbanding biasa,

Lihat contoh jenama JAKEL, bila kali terakhir anda tengok iklan tanpa promosi dia?

Lepas ni jangan harapkan bulan puasa atau raya sahaja. Tiap-tiap bulan ada je PROMOSI SEMPENA yang anda boleh buat.

4. GAMBAR & DESIGN

Iklan fashion mana boleh guna ayat copywriting je. Copywriting power MESTI disupport dengan GAMBAR yang menarik. Mesti ada model yang memperagakan pakaian anda.

Model mesti kena dengan design pakaian anda. Model mestilah bersesuaian dengan imej yang anda nak pakaian anda tonjolkan. Dan pastikan model mesti ikut piawaian anda. Bukan main sebarang pilih. Sebab salah pilih, boleh jadikan brand atau pakaian anda nampak biasa-biasa. Satu lagi pesanan, pastikan model tutup aurat ya. Biar patuh syariah nanti bisnes diberkati.

Dah selesai photo shoot pakaian bersama model, datang satu lagi isu iaitu DESIGN gambar iklan yang bersesuaian dan menarik mata orang memandang. Isu ini sangat penting sebab ramai orang bab pemilihan model dah lepas, tapi bab DESIGN background gambar memang fail habis. Rosak gambar model dan pakaian sebab background yang tak kena, yang ntah apa-apa, yang langsung tak buatkan orang rasa terpanggil nak beli. Itu problem utama tentang design.

Nak atasi masalah ini, pastikan anda guna satu konsep untuk design poster anda menarik, iaitu konsep KISS. Apa tu KISS? ‘Keep It SImple & Stupid’. Tengoklah perubahan pada bisnes anda. Power beb!

5. WEBSITE / MINISITE

Perkara penting yang perlu ada pada bisnes yang ada dalam niche pakaian atau fashion adalah dengan memiliki WEBSITE atau MINISITE sendiri. Ada beberapa perkara yang korang kena tahu kelebihan bisnes korang ada WEBSITE atau MINISITE.

Yang pertama:
Bisnes korang akan kelihatan professional, nampak besar dan nampak reliable (dipercayai). Yap, kalau korang perhatikan betul-betul, tak semua bisnes pakaian atau fashion ada memiliki WEBSITE atau MINISITE. Bila korang ada, bisnes korang lebih mudah orang nampak dan kenal.

Yang kedua:

Korang tak perlu lagi susah payah nak melayan whatsapp berpuluh-puluh atau beratus-ratus sehari. Penat tangan, penat jiwa nak melayan kerenah prospek dan pelanggan yang pelbagai. Bayangkan kalau korang ada 10 jenis model dan setiap model ada 5 jenis warna, macamana korang nak handle kalau layan whatsapp? Jenuh staff anda nak layan sorang prospek sedangkan masa yang sama boleh close sales orang lain yang lebih berkualiti.

Yang ketiga

Dengan WEBSITE, korang dah mudahkan orang nak beli dengan sistem PAYMENT GATEWAY, orang tak payah nak susah-susah tanya berapa no acc, berapa harga, berapa kuantiti. Semua tu dah ada dalam sistem, dalam WEBSITE tu dah tertulis semuanya. Klik-klik terus beli dan anda terus bungkus dan hantar pada posmen, tup-tup terus sampai pada pelanggan. Tak leceh, memudahkan semua pihak dan korang rasa best sebab staf boleh buat kerja lain lebih penting.

MINISITE pula memudahkan anda kumpul dan urus database. Ataupun tempaat untuk anda nak kumpulkan membership utk brand anda. Ianya lebih mudah berbanding layan sorang-sorang.

6. TARIKAN KEDAI

Khas untuk owner bisnes pakaian atau fashion yang ada kedai atau premis perniagaan, perkara utama bila anda onlinekan bisnes anda adalah dengan menarik seramai pelanggan masuk ke dalam kedai anda. Lagi banyak trafik masuk, makin ramai yang akan beli dalam kedai. Ini sangat penting sebab kedai yang banyak atau ramai orang sentiasa akan menarik lagi ramai pengunjung.

Korang kene plan perjalanan prospek bila masuk dalam kedai korang. Sebagai pemulaan mungkin korang boleh ambil database sebagai langkah pertama. Kena nyatakan bila dah isi borang, prospek akan dapat RM10 atau RM20 kupon untuk galakkan pembelian dalam kedai. Bila prospek dah ambil, cuba upsell lagi dengan tawarkan pembelian kedua, atau beli lebih MR200, dapat freegift.

Korang buat camtu, korang sebenarnya pastikan sales korang banyak untuk satu pelanggan. Pastikan pelangan jangan beli satu barang, upsell macam-macam sampai dia rasa ‘bodohnya aku tak ambil promosi ni’. Dah nampak tak caranya nak pastikan seorang pembeli, beli dengan harga yang banyak.

7. DATABASE

Berapa lama korang dah berniaga? Kalau ada yang lebih 3 tahun, 5 tahun atau 8 tahun ke atas, berapa banyak database yang korang dah ada?

Kelakar gila bunyi kalau dah berniaga banyak tahun tapi tak kutip database. Database apa yang nak dikutip tu?

Biasannya orang akan minta nama dan no phone kan.. Tapi database yang dimaksudkan adalah nama, no. phone dan juga emel. Sebab nak uruskan database, anda perlukan maklumat yang lengkap. Sekurang-kurangnya emel sebab ada sistem yang boleh utuskan emel dengan mudah dan senang.

Sekali anda hantar emel, semua orang yang dah berikan emel pada anda akan dapat. Tak seperti no. phone, anda mungkin kena whatsapp sorang-sorang.

Database yang banyak memudahkan anda menawarkan konsep membership supaya orang yang ada dalam database boleh jadi pelanggan anda yang utama. Membership bertujuan menjadikan mereka golongan pertama yang beli dari anda sebelum orang luar. Mudahkan korang bila nak launch design baru, belum apa-apa stok dah habis dulu sebab golongan membership dah tapau semua dulu. Kan bagus dengan database, stok selalu tak cukup.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !