fbpx
blog najib asaddok

Korang BISNES INDUSTRI MAKANAN? Ni ada 5 JENIS Content Yang Anda Perlu Kuasai Supaya Pelanggan LAPAR Sepanjang Masa!

makanan

Ramai orang tekad untuk ceburi bisnes dalam industri makanan dan minuman kerana mereka fikir ini cara paling mudah dan cepat dapatkan duit lagi-lagi bagi orang yang baru nak start berniaga. Tak perlu fikir panjang, buka jer kedai makan, restoran atau gerai tepi jalan sebab dah set dalam kepala “semua manusia perlukan makanan”. Mereka SILAP besar bila ada fikiran macam ni. Nak ke nak tahu kenapa?

Bila berlaku krisis ekonomi macam kita alami sekarang ni iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berapa ramai orang yang masih lagi makan di kedai? Musim sekarang orang lebih selesa untuk beli atau order makanan secara online.

Ada kenal tak usahawan yang baru jer beberapa bulan buka kedai makan dan selang beberapa bulan lepas tu terus hilang dari pandangan? Tiada khabar berita. Jadi kalau bisnes dalam industri makanan dan minuman ni mudah seperti yang dikatakan kenapa kebanyakan usahawan tidak dapat bertahan dan bisnes melingkup?

Korang yang ada dalam industri ni kena berubah. Dah tak boleh nak guna cara yang lama lagi sebab orang takkan nampak dan kenal bisnes kalau anda tak gunakan strategi dan teknik yang betul untuk tarik pelanggan.

Strategi paling berkesan yang usahawan perlu lakukan adalah onlinekan bisnes, buat content marketing dan COPYWRITING yang power. Kalau anda adalah usahawan dalam industri makanan, anda wajib baca 5 JENIS content yang perlu kuasai supaya pelanggan LAPAR sepanjang masa! Baru lah anda boleh sustain dan dapat kekalkan momentum dalam bisnes.

Okay ke okay?

1.Tunjukkan Kepakaran Memasak

Perkara asas yang anda WAJIB buat kalau nak terus sustain dalam industri makanan adalah sentiasa tunjukkan kepakaran anda dalam bidang masakan sebab bila kita sebut kepakaran, pelanggan akan lebih yakin dan percaya kerana dia tahu kita lebih pakar dalam bidang berkenaan.

Apa guna kalau buka restoran tetapi takde apa-apa kepakaran dalam industri makan dan minuman. Contohnya anda boleh tunjuk kepakaran anda dalam menyediakan masakan resipi turun temurun sesedap air tangan ibu. 

Kita perlu tinggalkan pelanggan dengan persoalan dan keinginan yang tinggi kenapa mereka perlu rasa makanan kita. Biarkan mereka tertanya-tanya dan ambil keputusan untuk mencuba sendiri.

2.Kongsikan Video “Behind The Scene”

Kebanyakan usahawan tak sedar salah satu cara untuk tarik fans dan lebih dekat dengan pelanggan adalah dengan kongsikan video “Behind The Scene”.

Contohnya, anda tunjukkan sedikit aktiviti “Behind The Scene” untuk produk makanan anda, bagaimana proses penghasilan dari awal hingga makanan siap dihidangkan kepada pelanggan atau tunjukkan aktiviti anda sebelum memulakan aktiviti harian. Secara tak lansung pelanggan akan rasa lebih dekat dan mereka akan rasa anda dan mereka adalah sama.

Penting untuk anda tarik hati pelanggan sebab manusia ni biasanya akan lebih tertarik dengan seseorang yang ada persamaan dengan diri dia.

3.Share Tips & Tricks Di Dapur

Cara paling mudah untuk tarik perhatian follower di fb page adalah banyakkan sesi sharing yang dapat memberi manfaat dan memudahkan kerja harian di dapur terutama sekali bagi para ibu.

Seorang ibu yang suka memasak pastinya memerlukan tips penyediaan makanan agar lebih mudah, cepat siap dan dapat mengurangkan kadar pembaziran. Contohnya cara membersihkan bahan mentah dengan betul, cara elak ikan melekat pada kuali, penyimpaan sayur agar tahan lebih lama, masakan lebih sedap dan sebagainya.

4.Testimoni daripada Pelanggan

Kesilapan ramai bisnes owner adalah lebih kepada menjual dan terangkan fakta produk sebab manusia tak suka fakta dan “people buy not with their head, but with their heart”.

Testimoni daripada pelanggan mampu memberi impak yang kuat sebab kebanyakan orang membeli disebabkan emosi dan mereka lebih terinspirasi daripada feedback pelanggan yang lain. Jadi gunakan peluang ni untuk memperkuatkan kepercayaan pelanggan untuk mencuba makanan kita.

5.Share Resipi Yang Menyelerakan

Kebanyakkan usahawan ketinggalan ke belakang bila mereka takde follower dan isu paling kritikal sekali adalah usahawan takut untuk share ilmu masakan mereka sebab risau rezekinya terganggu dan berkurang.

Nak berjaya dalam bisnes, usahawan kena yakin setiap rezeki sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Jadi, teruskan lah share resipi masakan secara konsisten untuk memberi manfaat pada orang lain.

Sampai bila usahawan nak terus hidup susah, hidup dalam ketakutan dan biasa biasa? Kalau anda salah seorang founder, ejen dan stokis dalam industri makanan apakata beri peluang dan ruang untuk anda belajar strategi tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan anda punya sale.

Nak ke nak saya bantu anda untuk capai jualan daripada sebelum ni empat angka kepada lima angka sebulan? Apa salahnya spend satu hari untuk betulkan kesilapan yang anda dah buat selama bertahun-tahun.

Jom upgrade ilmu dalam program Roket Pemasaran Momentum (RPM) untuk anda tingkatkan lagi bisnes anda. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !