fbpx
blog najib asaddok

“Kluang Mall Tu Apa?” – Penduduk Kg Tanah Runtoh

najib asaddok

Sayu hati bila anak kecil di Kg Tanah Runtoh tak tahu langsung Mall yang terletak di Bandar Kluang. Dunia mereka hanya dalam kampung mereka je. Berkaca mata ni bila lihat mereka yang langsung tak tahu isu di luar dan mereka terus hidup gembira.



Alhamdulillah. Team Momentum Internet diberi peluang untuk berkongsi rezeki dengan mereka. Semoga apa yang kami hulurkan sedikit sebanyak boleh membantu hidup seharian mereka. Ya Allah, semoga kami diberi peluang lagi selepas ini untuk terus memberi. Masih ramai lagi yang perlukan bantuan kami.



Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Bersedekahlah walaupun RM1. Rezeki ni semua Allah punya, kita hanya hambaNya sahaja.

Segalanya berubah…

Najib Asaddok & Team Momentum Dalam Program – KasihNya

Ini apa yang saya pelajari hari ni dan suka saya nak share dengan semua followers saya:

  • Kita ni patut banyak bersyukur, sebelum nak merungut, nak memberontak disebabkan keadaan yang tak selesa fikir dulu keadaan orang lain.

  • Kalau kita rasa kita ni susah, ada lagi yang lebih susah daripada hidup kita.

  • Dan lebih bagus juga bila kita dah berjaya, kita salurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sedikit sumbangan insyaAllah akan beri keberkatan dalam hidup kita semua.


Semoga kita semua jadi insan yang bermanfaat, yang dapat bantu ramai orang apabila berjaya dalam bisnes yang dijalankan.


Tapi kalau sales pun suam-suam kuku, macam mana nak bantu orang lain kan? Semoga bisnes yang dijalankan sales meningkat dan boleh bantu ramai lagi orang yang memerlukan bantuan…

Team Momentum Berada di Balai Kg Tanah Runtoh ( Tn. Syakirin )

Pn. Iyzah Rahim ( Kiri ) Di Kg Tanah Runtoh ( Kluang )

Tn. Razi Menghantar Bekalan Makanan Pada Penduduk Kg Tanah Runtoh

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !