fbpx
blog najib asaddok

Kisah Makan Duit Bini & Jual Dadah ?

IMG_1480

MAKAN DUIT BINI $$$

Di satu warung milik makcik isteri saya di Labis..

”Mana anak sedara ko tu (ditujukan pada sayalah tu) ? ”

”Oohh..dia dah pindah Kluang ” jawab makcik

”Macam mana dia tu boleh pakai merc, aku tgk dia mcm tak keje, dok umah jer, ni mesti kes makan duit bini..bini dia cikgu kan? Ke dia jual Dadah? ” kata dia lagi…

”Eehh ko ni memandai2 jer kata anak sedara aku..dia tu meniaga online lah” makcik isteri saya dah mula naik angin…

Tuduhan makan duit bini saya dah lali dari awal mula bisnes online lagi tahun 2009. Diorang tak nampak kesusahan yang saya alami siang malam mengadap PC sampai rabun mata ni…

Alih-alih senang jer dia tuduh kita macam-macam…Isteri saya cikgu jer gaji bukan nya sampai RM5ribu pun..takkanlah boleh support suami dia punya perbelanjaan kereta, rumah, sara hidup dll…dia kira ke tak sebenarnya ni…

MORAL OF THE STORY

Kita susah pun orang mengata, kita senang pun orang akan mengata..bila dia nak berhenti mengata? Sampai kiamat pun takkan berhenti…

Alang-alang dah mengata biarlah dia mengata masa kita senang…

Makan duit binilah, senang sebab jual dadah lah..mentaliti tahap apa kalau macam ni…

Redha manusia takkan kita dapat, yang penting REDHA Allah yang kita kejar…

Tak salah kita cemburu dengan KEJAYAAN orang, tapi jadikan cemburu yang positif…Tengok kawan kita berjaya, jadikan ia pembakar semangat untuk berjaya sama..

Orang BERJAYA takkan mengata/menuduh orang lain yang berjaya dengan cerita yang ditambah perencah ajinomoto & sebagainya…

Bila anda mula berniaga jer, kena bersedia mental & fizikal untuk dikata..Amacam dah sedia?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !