fbpx
blog najib asaddok

KERJA MACAM ORANG GILA TAPI INCOME SADIS, BERUBAH LEPAS DISAKA NAJIB ASADDOK

Haa macam-macam story anda dah baca kan.. Amacam ada tak yang boleh dikaitkan dengan diri anda?? Saya tahu masing-masing ada struggle yang tersendiri.. Tapi macam mana kita selesai dan keluar dari kelompok tu?? Haa, saya ada lagi story yang saya nak share ni..

Story ni dari seorang ketua keluarga yang berhempas pulas untuk mencari nafkah buat anak dan isterinya.. Yelah sekarang kalau seorang jer yang bekerja tak cukup nak tampung kos sara hidup keluarga.. Lagi-lagi ekonomi sekarang ni tak berapa stabil..

Okay, jom kita baca kisah Tuan Hasnul Halim founder kepada Laleli Empire..

Tarikh yang saya takkan lupa 12 Disember 2012 saya dan wife melafazkan akad nikah untuk hidup bersama. Till Jannah, insyaAllah Aamiin.

Saya buat keputusan untuk wife saya berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa sebab kerjanya sebelum ni memang mencabar. Hampir setiap hari kena travel 4 ke 5 jam. Balik rumah selalu lewat sekitar pukul 10 malam. Jadi saya decide, cukuplah saya sorang je keluar cari rezeki. Saya yakin yang saya mampu untuk tampung kos hidup berdua..

Alhamdulillah, semuanya sangat manis dan indah waktu ketika itu. Tak cukup dengan tu Allah hadiahkan pula kami penyejuk mata yang diberi nama Ammar. Anak lelaki kami.

Lama-kelamaan tanpa saya sedar keperluan keluarga makin besar dan mendesak bagi saya. Banyak keperluan yang perlu dibeli dan disediakan. Wife saya tak sebut dan meminta tapi saya tahu dia stress fikirkan perbelanjaan keluarga yang tak cukup.

Stok susu Ammar hampir putus. Time tu saya rasa tak guna jadi seorang ayah. Susu anak pun tak mampu nak beli. Kami sangat struggle time tu. Gaji saya pun just cukup-cukup makan jer. Sampai bila saya nak terus macam ni??

Saya nekad untuk buat bisnes. Bisnes apa yang okay? Saya pun tak tahu..

Sampailah satu hari saya ternampak posting kat FB pasal job Photographer. Tak tunggu lama saya terus cari kamera. Nak beli firsthand tak mampu. Terus saya cek kat mudah.my scroll punya scroll jumpalah kamera yang okay sikit dengan simpanan yang ada RM2000.

Bermulalah journey saya sebagai seorang photographer. Masa ni memang zero skill, zero bisnes dan zero marketing knowledge.. Semuanya bermula dengan ZERO!! Tapi entah macam mana job still masuk. Alhamdulillah hari ke hari makin banyak job masuk. Tanpa sedar, job ni dah ambil banyak masa saya dan keluarga. Saya start sibuk sampaikan tiada masa dengan anak isteri.

Bayangkan, Isnin sampai Jumaat saya kerja. Sabtu Ahad pula ada job. Selalunya akan habis dalam pukul 7 malam. Balik rumah paling-paling jam 9.00 malam. Setiap malam pula saya terpaksa stay up sampai 2-3 pagi just untuk siapkan album dan video wedding customer. Esok bangun terus pergi kerja.

Kerja dah macam orang gila tapi still struggle. Income dahlah ciput. Memang duit masuk tapi keluar laju macam air!! Tak tahu mana duit tu pergi..

Masa nilah ujian mula datang, saya dan isteri mula bergaduh. Ada jer benda yang tak kena. Semuanya berpunca dari masalah duit dan perhatian yang terabai. Life kami jadi tunggang terbalik. Anak, tak payah ceritalah..

Tak cukup dengan tu, Allah uji pula kami melalui anak. Ammar masa tu menghidap masalah batuk berkahak dan kerap selsema. Imunisasi dia pun sangat lemah menyebabkan dia mudah sangat demam. Pernah juga beberapa kali Ammar terpaksa kami bawa ke hospital untuk ambil NEB cairkan kahak.

Doktor diagnose Ammar dengan ASD (Atrial Septal Defect), senang kata jantung Ammar berlubang. Allahu, hati ibu mana yang tak sedih. Wife sangat kecewa saat itu, saya sebagai suami kena kuatkan hati. Kami terpaksa bawa Ammar check up ke Hospital Pakar Jantung di Putrajaya setiap 6 bulan sekali. Ini semua kos tambahan yang diluar bajet kami. Keadaan semakin menghimpit keluarga kami..

Tak sangka, betullah kata orang “setiap anak ada pintu rezeki yang mereka bawa”. Dengan izin Allah, kami dipertemukan dengan sebuah produk yang katanya berkesan untuk merawat batuk berkahak anak oleh kakak ipar saya..

Kami tak berlengah terus jer cuba produk tu. Subhanallah, 2 hari lepas pakai produk tu selsema Ammar mula berhenti dan 5 hari lepas tu batuk berkahak Ammar pun hilang.

Bermula dari hari itulah kami rasa berdosa kalau tak share keberkesanan produk ni kepada ramai lagi orang kat luar sana yang mungkin ada alami kesulitan seperti yang kami lalui. Hasil perkongsian ni income mula masuk. Bisnes lebih mudah sebab tak perlu lagi korbankan hari Sabtu dan Ahad. Saya buat online jer. Kami mula rasa duit tapi malangnya income tak tetap kadang ada kadang tiada..

Akhirnya sahabat saya ajak datang ke Roket Pemasaran Momentum untuk roketkan bisnes katanya. Orang panggil tu RPM Sauna. Itulah RPM pertama yang dah hook saya hinggalah akhirnya saya buat keputusan untuk join circle Platinum Sifu Najib Asaddok pada Mac 2020.

Journey kami bersama Momentum Internet bermula.. Banyak rupanya benda salah berbanding betul yang dah kami buat selama ni. Kami kosongkan semula gelas untuk mula belajar cara betul berniaga melalui FB.

Kami mula asah skill copywriting, asah skill leadership. Kami kemaskan dan ketatkan semula mana yang longgar. Disinilah kami setup semula page Laleli dengan cara yang BETUL. Untuk membantu mereka yang ada masalah batuk berkahak anak disamping menambah baik ekonomi keluarga.

Wow!! Hampir 2 bulan bersama Platinum Circle, akhirnya kami mula dapat rasa sales mencecah RM10k. Tanpa ilmu yang betul, mungkin kami masih di rumah menyalahkan takdir dan nasib. Bisnes lebih mudah bila kami dapat kepastian dan pendapat dari yang pakar. Yang penting hubungan keluarga makin rapat. Orang kata, kasih sayang terpaut kembali. Cewahhh!!

No turning back, many more years to go with Momentum Internet insyaAllah. Next target pastilah Ultimate Plus.

Terima kasih, Sifu Najib Asaddok dan cikgu-cikgu Momentum!! Saya mohon halalkan segala ilmu yang kalian berikan..

Haa, best ker best baca story Tuan Hasnul Halim ni?? Adakah anda mempunyai masalah atau sturggle yang sama??

Anda masih tak tahu nak buat apa??Jom, kami di sini sedia nak bantu anda..

Tapi, kalau betul NAK dibantu jer boleh klik link ni –> www.50kusahawan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !