fbpx
blog najib asaddok

Kenapa Content Penting Untuk Bisnes Online?? Jom Ambil Tahu.

Kenapa Content Penting Untuk Bisnes Online??

Cuba korang nilai sendiri bila tengok FB Page yang tak sudah-sudah nak promote barang dan FB Page yang bagi manfaat. Mana satu yang menarik minat korang untuk follow??

Saya yakin, mesti korang pilih FB Page yang berikan manfaat pada korang. Sebab kalau kita menjual pelanggan lari, kita pun kalau tengok iklan youtube nak skip, betul tak tekaan saya??

Biasalah..Saya sendiri pun macam tu, tak suka tengok iklan. Habis tu apa yang kita nak kena buat?? 

Okay, sebenarnya apa yang kita kena buat adalah sharing content. Tapi make sure content kita tu mestilah menarik. Faham ke faham ni??

Jadi, hari ni saya nak sharekan kepentingan content untuk bisnes kita.. 

Baca sampai habis tau…

1. Dapat berhubung dengan fans

Bila kita buat content yang bagus kita dapat engage dengan follower. 

Tapi nak lagi mudah untuk follower engage kita perlu habiskan ayat dengan pertanyaan. Macam contoh “korang setuju dengan sharing ni?, siapa yang dapat sesuatu pagi ni?”.

2. Dapat beri nasihat

Contoh kita sharing content quote atau kata-kata semangat. Itu sebenarnya kita dapat buatkan orang termotivasi. 

Mungkin dengan content kita tu, kita dapat selamatkan orang yang dah give-up dengan hidup sebab bisnes tak menjadi-jadi. 

Kan kita dah selamatkan nyawa orang tu.. 

3. Dapat beri tips

Point ketiga ni lebih kurang dengan point kedua. Cuba fikir, kalau anda buat content tips yang buatkan orang ikut dan apply dalam hidup dia. 

Dah tentunya kita akan dapat pahala selagi dia gunakan tips yang kita sharekan dalam FB Page kita. Dapat sesuatu?

4. Dapat sampaikan info dan pengetahuan

Content macam ni kita boleh buat dari news terkini, macam semalam kes seorang peniaga bunuh diri dari tingkat 10. 

Content macam tu kita boleh buat untuk jadikan iktibar. Content viral pun kita boleh buat. Nak ambil lagi angle yang related dengan bisnes korang pun boleh. Faham ke faham ni?

5. Dapat selesaikan masalah

Banyak sebenarnya kepentingan bila kita buat content. Dapat berikan idea kepada orang dan juga dapat selesaikan masalah. 

Dari situ kita dah dapat bantu orang, mudah kan sebenarnya nak berikan manfaat pada orang lain..

Jangan rasa susah sangat nak buat content. Kita juga boleh tiruvasi daripada orang lain. 

Lagi bagus kita banyakkan membaca dan research. 

Kalau kita dah buat content tapi macam tak pergi jer. Cuba check semula macam mana copywriting yang kita buat. Boleh ni??

Kalau tak tahu jom kita belajar dengan 6-Ebook Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut. 

Dapatkan sekarang di www.naktarikpelanggan.com/copywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !