fbpx
blog najib asaddok

Jual Pes Telur Masin Jer Tapi Sales Boleh Cecah 5 Angka Sebulan!

Puan nadiah

Bila cakap pasal makanan memang tak ada siapa yang boleh tolak, memang cepat terliur. Macam mana tak terliur kalau makanan yang dihidangkan sedap dan menyelerakan. Betul ke betul?

Baru-baru ni saya baru sahaja selesai sesi Ultimate Personal Coaching (UPC) bersama student Ultimate, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah swt, dah ramai student yang saya bantu dan tak sabar nak share dengan anda semua result student saya ni supaya menjadi inspirasi buat anda semua. 

Kali ni saya nak bercakap tentang salah seorang anak murid saya yang jalankan bisnes Nurell Foods – Pes Telur Masin. Tak sangka salah seorang daripada student saya ni sebenarnya dah viral di Malaysia. Kalau anda rajin layan Live Sarapan Pagi Malaysia (RTM) di TV 1 confirm anda selalu nampak Puan Nur Nadiah binti Abu Bakar ni. 

Dia jual pes telur masin jer tapi sales daripada RM10,000 boleh break kepada RM90,000 sebulan. Pada awalnya Puan Nadiah sama juga macam usahawan lain, bermula daripada bawah, kalau dulu tak ada team lansung tapi sekarang dia dah ada team dan Nurell Foods dah melahirkan hampir 900 ejen.

Bukan tu jer, Puan Nadiah berkongsi kegembiraan dengan kami bahawa baru-baru ni 2 orang leader di bawahnya berjaya buat sales RM10,000 sebulan. Hebat ke hebat, Ejen boleh buat sales tinggi, siapa cakap Ejen tak boleh jana pendapatan lebih? Itu semua bisikan biawak dalam kepala jer yang cakap tak boleh.

Puan Nadiah sendiri tak percaya dia boleh kembangkan bisnes Nurell Foods sebab dia juga bermula daripada bawah. Bayangkan dulu.. semua benda dia nak buat sorang, memang tak menang tangan. Sehinggalah dia buat keputusan untuk join kelas Tuan Najib Asaddok.

Hasil daripada menghadiri kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM), Puan Nadiah mula nampak hala tuju bisnes dan dia tak tunggu lama untuk teruskan journey bisnes dalam circle Ultimate Plus. Alhamdulillah, dia berjaya buat sales RM10,000 dalam bisnes dan kemudian sales terus meroket naik ke RM90,075 pada bulan September. Syukur kepada Allah swt, total sales sehingga bulan September dah mencecah RM943,848. Lagi sikit lagi nak cecah RM1 juta. Hebat kan?

Lagi pelik lagi bila permintaan untuk produk pes telur masin semakin menjadi-jadi waktu Perintah Kawalan Pergerak (PKP). Tapi betul juga, sebab waktu PKP ni orang tak boleh keluar rumah, jadi ini lah masa yang sesuai untuk mereka habiskan bersama keluarga dengan hidangan yang menyelerakan. 

Anda yang baca perkongsian ni tak terbakar ke dengan perkongsian Puan Nadiah, waktu PKP sales melonjak naik sehingga RM90,075 sebulan. Anda yang buat bisnes makanan okay ke okay masa PKP ni? Ada yang nak saya bantu roketkan sales anda sama macam Puan Nadiah?

Senang je, beri diri anda peluang dan ruang untuk belajar ilmu bisnes. Jom join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Edisi Khas Capai RM10,000 Pertama yang akan berlansung selama dua hari pada 28 dan 29 November 2020. 

Klik link ni untuk daftar —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !