fbpx
blog najib asaddok

Jual Donut Untung Hanya RM6 Sehari, Ni Permulaan Hidup Selepas Terkesan Akibat PKP

Jual Donut Untung Hanya RM6 Sehari, Ni Permulaan Hidup Selepas Terkesan Akibat PKP

Perit dan pedih. Itulah nasib yang perlu ditanggung oleh Abdul Manaf Prakash Bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Manaf.

Pelbagai cabaran yang perlu dia lalui dalam hidup. Jatuh bangun dan kegagalan dalam bisnes dan kerjaya sudah menjadi asam garam dalam hidupnya. Bila kerajaan mengumumkan PKP pada tahun lepas, dia antara pekerja yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan. 

Terkejut dan buntu. Dua benda ni yang bermain-main di fikirannya. Bayangkan, dengan tak ada simpanan langsung dia perlu menyara isteri dan tiga orang anaknya. Pelbagai cara dia cuba buat untuk selesaikan masalah. Sampaikan dia tak sedar bulan Ramadhan semakin hampir. 

Paling menyedihkan, tiada apa yang mampu dia beri untuk keluarga nya berbuka puasa. Hampir tiga bulan tiada pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan dari kawan-kawan je masa tu. kemudian, terdetik di hati untuk buat apa sahaja yang dia mahir. Dia bercadang untuk membuat donut. 

Dengan bantuan rakannya yang meminjamkan kereta, dia pergi delivery donut dari rumah ke rumah. Dan hasil yang dia dapat pada hari pertama hanya RM6.00. Tapi dia tak patah semangat. 

Chef Manaf nak cari seorang guru yang boleh mengajar dan membimbing dia supaya sejaran lama atau kegagalan sebelum ni tak berlaku lagi. Akhirnya dia mendaftar ke kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) dengan yuran RM30 pada waktu tu. 

Berkat kesabaran dan sokongan semangat dari keluarga, perubahan dan peningkatan mula nampak dalam bisnes yang dia jalankan. Sales donut mula meningkat sehingga dapat mencecah RM6000. 

Sekarang dia mampu beri duit belanja bulanan dekat mak ayah. Kini, Chef Manaf juga membuka peluang kepada orang ramai untuk berniaga sama dan menjana pendapatan. Brand JP Donut’s juga menjadi bualan dan dikenali. 

Antara benda betul yang dia buat ialah, sentiasa konsisten beri value dekat pelanggan dan jangan pernah putus asa untuk menuntut ilmu. Bimbingan demi bimbingan yang diberi dapat digunakan sebaiknya dan membantu dia dan keluarga. Alhamdulilah. 

Siapa sangka hasil ilmu dan tunjuk ajar dapat mengubah kehidupan dia dan keluarga. Saya nak buka peluang untuk bimbingan korang selama 30 hari dan kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) selama dua hari. Jom dapatkan di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !