Headline mampu buat pelanggan tertarik untuk baca posting kita. Apa itu headline? Headline ni tajuk atau ayat pertama yang bakal pelanggan kita akan nampak sebelum mereka beralih untuk baca posting kita.
Kalau headline anda mampu tarik mereka untuk baca posting anda sampai habis, tu bermakna copywriting yang anda gunakan sangat menarik dan kena dengan jiwa pembaca.
Sebab tu lah, sebelum menulis, kita kena fikir dulu apa headline yang boleh menarik minat tu. Ni saya nak bagi jenis headline yang anda boleh guna untuk pelbagai pembaca dan pelanggan.

- Headline Jenis Rahsia
Rahsia adalah satu emosi yang mampu membuatkan mood seseorang rasa tertanya-tanya. .
Headline rahsia mampu membuatkan audience yang baca rasa mereka yang mengalami masalah sama perlu ikut teknik dan tips yang anda beri.

- Headline Jenis Manfaat
Headline yang mampu buatkan pelanggan rasa terkilan bila dia tak dapatkan manfaat ni. Manfaat ni yang buatkan mereka buatkan mereka perlu buat tindakan segera sebelum terlepas sesuatu benda yang baik untuk mereka.

- Headline Jenis Testimoni
Testimoni yang ah menghasilkan result, anda boleh kongsikan kan sedikit cerita mereka dalam headline. Mana tahu pelanggan yang ada struggle yang sama akan tertarik untuk bqaca sampai habis ayat yang anda tulis tu.

- Headline Jenis Soalan
Headline jenis soalan, ia akan menghasilkan tekanan pada si pembaca dan membuatkanmereka mencari jawapan kepada soalan anda. Jadi sediakan jawapan soalan tadi di dalam badan copy anda dan akhir sekali pembaca akan membeli atau menuruti arahan dari anda.

- Headline Jenis Amaran
Dengan perkataan “AMARAN:” sebagai perkataan pembukaan headline anda, ia 100 peratus bakal menumpukan seluruh perhatian pembaca. Dengan huruf yang ditulis dalam bentuk huruf besar keseluruhan perkataan amaran, pembaca tidak dapat lari daripada memberikan tumpuan mereka, untuk mengetahui apa yang kita ingin sampaikan.
Saya harap anda dapat ubah headline yang ada buat sekarang dan perbaiki sedikit demi sedikit ya. Semoga bermanfaat untuk bisnes anda.
Nak info lagi? Jom dapatkan segera di www.TelegramNajib.com .