fbpx
blog najib asaddok

JANGAN PELIK, Kalau Tak Sendiri Susah & Merana

JANGAN PELIK, Kalau Tak Sendiri Susah & Merana

Mengikut pemerhatian saya, bisnes ni ikut mood orang yang run bisnes tu. Kalau orang yang run bisnes tu sedih, biasanya sales pun akan sedih dan sendu juga. 

Dia akan mengikut kita punya rentak, sebab tu kami nak berikan anda bekalan, energy, semangat dan turning point supaya korang sentiasa berada dalam keadaan high energy.

Korang kena ingat manusia ni masa lockdown pun, dia tak hilang daripada masalah. Bisnes wujud daripada konsep asalnya dengan masalah yang orang hadapi. Jadi bila ada masalah, kita ni sebagai orang yang memberikan penyelesaian kepada masalah tu. 

That’s why kepada sesiapa yang membantu orang untuk selesaikan masalah dia, insyaAllah dia masih boleh grow lagi tapi the moment bila dia tak terfikir macam mana nak bantu orang, dia fikir pasal dia punya down je, dia fikir dia punya stress je memang tak ke mana-mana.

Saya pasti korang rasa pelik dengan tajuk ni kan? Jangan pelik sebab ramai spesis yang korang akan jumpa.

Ramai orang yang belum dapat kesedaran bahawa benda yang dia buat tu salah, kita terus kena ada kesedaran dan memberi tahu sesama kita sebab kita tak nak la terus buat kesilapan yang sama. 

Perkara ni akan membuatkan kita susah, merana dan rezeki terganggu. Itu la sebab korang kena dengar sampai habis.

Jangan pelik ya sebab selama ni kalau korang sendiri yang tak focus, jangan pelik bila bisnes korang makin lama makin jauh dan susah.. 

Kalau korang perasan sesetengah orang ni ada perangai pelik yang dia akan selalu pelik tengok orang, “ Eh eh kenapa kau gemuk sangat ni, mengandung ke” atau “Eh kenapa kau masih tak ada kerja?”

Padahal ada banyak lagi soalan dan perkataan lain, kenapa kita tak nak jaga benda ni? Lebih baik kita tak payah cakap langsung daripada kita cakap tapi menyakitkan hati orang lain.

Kita boleh nampak “common sense is not common” iaitu kepekaan, benda yang umum dan akhlak dah tak jadi kebiasaan tapi jadi benda yang pelik. 

Sebenarnya orang yang pelik tengok orang ni, dia pada waktu itu pun sedang ada ujian yang tak kurang beratnya. Dia sendiri ada ujian tu tapi dia pelikkan kawan dia yang lain. Puncanya ialah dia buat-buat pelik supaya dapat mengganggu perasaan orang lain. 

Niat dia dah serong dah ni, nak kecilkan hati orang. Orang macam ni dia akan pergi pada kita dan dia cari cara paling senang untuk jatuhkan orang tu dengan sentuh kelemahan dia dan cakap supaya orang tu kecil hati.

Kalau buat benda ni, jangan pelik kalau rezeki kita sempit, hilang banyak benda dan Allah taala tak mengasihi kita.

Korang nak ke nak saya bagi lebih lagi? Apa kata korang tonton video ni sampai habis..

Lepas korang dah tonton video ni, ambil apa yang kami cakap ni dan amalkan, boleh ke boleh? Tak guna belajar banyak benda tapi tak gunakan dan satu pun tak buat.. Jadi pelihara lah kata-kata kita. Always cari kebaikan orang lain. InsyaAllah bila kita cari benda yang baik, kita akan diberikan banyak kebaikan. Itu insyaAllah nasihat saya hari ni. 

Saya tahu ramai yang struggle semasa lockdown dan PKP ni. Korang nak ke nak saya dan Team Momentum bantu? Jom buat tindakan dengan daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Nak Tarik Pelanggan Edisi Khas Copywriting Ayat Power pada 26&27 Jun 2021 dengan tawaran serendah RM40 di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !