fbpx
blog najib asaddok

Telinga Rasa Panas, Hati Rasa Tak Tenang Sebab Apa Yang Berlaku Di ICM Dr Azizan Di Bangkok Baru-Baru Ni.

Serius, Majlis Inner Circle Meeting di Bangkok buat saya rasa tak senang & panas kepala otak. Mana tak nya ada banyak sangat ‘ hal ‘ kat negara gajah ni.

 

 

 

Saya turun sahaja di Airport Suvarnabumi Bangkok, team Richworks ‘buat hal’ dengan sambutan sejambak bunga dan souvenir serta team mereka yang sangat santun.

 

 

Tak cukup dengan tu, saya dibawa ke hotel dengan kenderaan BMW 7 series. Saya rasa sangat wowww dengan sambutan mereka yang sememangnya di luar jangkaan.

Itu tak cukup lagi, paling buat saya tak senang bila Dr Azizan Osman mengajar kami seramai 200 usahawan yang terdiri dari mereka yang juga pengasas produk mahupun stokis dan agen berstatus jutawan dengan ilmu yang sangat advance.

Jualan 200 orang usahawan ni bila dengar pun rasa terbakar & tak senang duduk. Keseluruhan jualan mereka mencapai lebih RM800 juta…

 

 

5 point Saya belajar di ICM Bangkok ni lagi lah buatkan saya rasa tak senang sebab ilmu-ilmu akan buat bisnes lebih meroket 2018 dan sepuluh tahun dari sekarang.

Apakata anda baca & buat perubahan dalam hidup tahun ni… alaaa 5minit jer selesai.. Saya tulis ni pun dalam penerbangan Bangkok – Kuala Lumpur tau.

 

 

 

Point 1

====

Growth Mentality

Dalam bisnes kena sentiasa ada pemikiran nak berkembang serta meningkat dan capai matlamat lebih besar. Ya bisnes ada banyak cabaran tapi kita perlu sentiasa adjust untuk capai peningkatan dalam bisnes.

Fikirkan apa yang kita dah ada & capai untuk lebih bersyukur. Fikir juga apa kita boleh beri kepada orang lain. Bisnes yang memberi manfaat kepada orang akan mempunyai VALUE yang lebih besar.

Nak capai peningkatan mestilah perlu ada plan bak kata omputih ‘ Design Your Conmpany To Grow Esponencially ‘

 

 

 

Point 2

=====

Everything Start Small

Mana ada bisnes yang mula jer terus besar, mestilah diorang start kecil dulu. Contoh Coca Cola yang start lebih 100 tahun lepas, Bermula kecil tetapi sekarang mempunyai lebih 20 juta pengedar seluruh dunia.

Saya bukan nak anda minum coke tu tapi fikir macam mana bisnes tu bertahan lebih 100 tahun tanpa foundernya lagi. Bisnes kita pulak boleh ke bertahan tanpa kita ada ? Ke meninggal kalau kita tinggal seminggu? Hehehee..

Persoalan kat sini yang saya belajar macam mana nak jadikan bisnes kita lebih berdikari tanpa kita seorang diri menjalankan bisnes? Larat ke nak layan ribuan pelanggan?

Kat sini yang Minda saya dihentak… di ‘ mua thai ‘ , saya perlu fokus bina pasukan atau team yang akan bantu saya berikan lebih Nilai kepada pelanggan. Amacam? Betul ke betul?

Kunci kat sini macam mana nak bina & beri arah tuju yang jelas kepada team kita tentang apa yang kita nak capai? Di mana bisnes kita akan berada pada tahun 2018 ni? 2025, 2030? Cer fikirkan

 

 

 

Point 3

=====

Big Why Is The KEY

Kenapa kita mula bisnes? Untuk apa & siapa?

Apa yang kita buat semuanya bermula dengan sebab kan…

Saya mulakan bisnes ni sebab BIG WHY saya adalah Emak saya. Dia yang membesarkan kami tanpa ayah yang telah pergi awal dari hidup kami 6 beradik. Sejak umur 11tahun saya hidup tanpa sentuhan & belaian Ayah saya yang saya panggil ‘baba’ sejak kecil.

Saya sangat rindukan Saat di mana dimanjakan & ditatang penuh oleh baba 😭😭😭. Sebab tu setiap saat & nafas saya nak berikan sepenuh kasih sayang & Cinta kepada emak yang bersusah payah untuk saya dan adik-adik.

Hanya bisnes yang berjaya saya nampak akan memudahkan saya capai matlamat ni. Itulah big why saya di saat saya jatuh berkali-kali dalam bisnes, saya akan lihat wajah emak yang sentiasa memberi kekuatan dalam hidup saya untuk bangkit dari kegagalan.

Setiap kali ICM inilah yang dipesan oleh mentor saya Dr Azizan Osman untuk kita sentiasa hargai dan Jaga keramat hidup saya iaitu emak, isteri & mertua yang saya anggap seperti ibu & ayah kandung sendiri.

Isteri saya adalah tunggak & tulang belakang saya juga sebab dengan sokongan dia saya sentiasa jadi bersemangat apatah lagi dia memahami saya seorang yang suka & sentiasa cari ilmu. Saya juga sangat-sangat hargai sebab layanan dan santunan dia kepada emak saya seperti ibu dia sendiri.

Maaf ya berhabuk mata saya saat menulis momen ini… 😭

Soalan saya, Siapakah big why anda ? Apakah yang anda nak gembirakan mereka?

 

 

 

Point 4

======

Winning Culture

Hidup kena sentiasa menang & capai yang terbaik. Setuju? Masalah saya dulu sebelum dibimbing oleh mentor adalah tiada rasa nak menang, yang ada adalah perasaan mengalah serta sentiasa berputus asa.

Ya lah bisnes mana yang tiada cabaran! Nak pergi kerja pun macam macam cabaran nak ditempuh, jem, stress, orang buat atas jalan raya, pejabat. Kan…

Kenapa berlaku tu semua?

Sebab fikiran & Minda kita ni mempunyai tahap kepercayaan yang ada limit. Tak boleh nak fikir besar disebabkan kita duduk dalam persekitaran tiada orang nak menang.

Bila duduk dalam Titanium Circle sejak 2015 ni semua sahabat-sahabat seperjuangan saya ni ada budaya nak jadi yang terbaik. Mereka ni selalu kongi apa sahaja kejayaan samada kecil apalagi yang besar.

Saya yang bermula hanya dengan syarikat enterprise dan hanya mempunyai 2 orang team pun sentiasa rasa terbakar & dipaksa untuk ‘Terpengaruh ‘ dengan kejayaan sahabat circle ni.

Sampaikan tiada masa nak fikir pasal putus asa dan sentiasa fokus untuk fikir macam mana nak menang & jadi terbaik dalam setiap yang saya lakukan. Korang dah ada ke circle macam tu? Saya doakan anda pun akan duduk dalam circle orang yang sangat berjaya satu hari nanti.

 

 

 

Point 5

=====

Brand Value

Hahh apa plak yang ni? Bila dengan ni pun sekali lagi saya rasa tak senang…

Bila buat marketing ramai usahawan fokus pada produk semata-mata tak fokus pada BRAND. Apa jadi bila fokus produk jer ? Pelanggan tu takkan kisah untuk guna produk lain, dia takder rasa ‘sentuhan’ kita melalui brand.

Jadi sangat sukar nak tawarkan produk-produk kita yang lain. Banyak nak kena belajar untuk marketing sebab asyik tekankan pasal produk.

Bila kita fokus pada BRAND , nilai brand tu akan berubah. Pelanggan yang jatuh cinta pada brand akan dapatkan semua diri produk yang kita ada, takkan kisah nak bayar mahal dan menjadi kebanggan bila dia memiliki brand kita.

Pentingkan brand ni & ini juga yang sentiasa jadi topik fokus dalam Kelas Advance Roket Bisnes saya terutamanya pada hujung minggu ni 12-14 Jan 2018.

Pelanggan yang akan ‘serah diri ‘ untuk dapatkan produk-produk kita. Inilah yang dipanggil BRAND VALUE.

 

 

Nota iPad Najib Asaddok
9.43pm
9 Januari 2018
Flight MH781 Malaysia Airlines

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !