fbpx
blog najib asaddok

Hilang empat orang anak akibat terlalu susah.

Hilang empat orang anak akibat terlalu susah.

Hari ni sekali lagi saya, isteri Nurul Iyzah dan Team Momentum diberi peluang untuk berikan sumbangan di kawasan Perkampungan Orang Asli Sungai Peroh dan Ladang Zamrud Kahang, Kluang.

Hilang empat orang anak akibat terlalu susah.

Perjalanan kami ke sana mengambil masa selama 2 jam. Turut membantu wakil Ketua Kampung, Tok Johani. Tak dinafikan jalan untuk masuk ke kampung tu agak mencabar. Perlu lalu di kawasan tanah merah dan berbatu.

Hilang empat orang anak akibat terlalu susah.

Alhamdulilah, segalanya dipermudahkan. Kami sampaikan bantuan untuk beberapa keluarga yang susah. Suka saya tengok riak muka mereka. Terharu dan sangat gembira. Saya sempat berbual dengan beberapa penduduk di Kg Orang Asli Sungai Peroh.

Kehilangan empat orang anak akibat terlalu susah. Ni salah satu cerita yang saya dengar dari pihak Zulkarinian Bin Wagiran.

Ujian tak terhenti setakat ni. Atas faktor kesusahan hidup, dia hanya mampu menyara 3 daripada 5 orang anaknya. 2 orang lagi terpaksa diberi kepada orang lain untuk dijagakan.

Hilang empat orang anak akibat terlalu susah.

Dan sewaktu PKP berlaku, dia dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan. Sungguh besar ujianmu Ya Allah. Ni lah salah satu sebab apa yang saya buat harini.

Sebanyak 15 buah keluarga kami bantu di perkampungan Orang Asli Sungai Peroh dan Ladang Zamrud Kahang, Kluang.

Kami juga disambut dengan lambaian dari anak anak di kampung tu. Tak dapat dibayangkan, dengan keadaan rumah yang serba kekurangan dan kawasan yang jauh dari bandar, macam mana lah keadaan mereka setiap hari.

Selain dari membantu pada orang yang memerlukan, saya dan Team Momentum belajar satu perkara harini, iaitu erti bersyukur. Perjalanan harini buka mata kami bahawa ramai lagi orang yang sangat susah dan serba kekurangan diluar sana.

Terima kasih Allah. Terima kasih pada semua yang menjayakan program Kasihnya..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !