fbpx
blog najib asaddok

Hebatnya Personal Shopper Ini Raih 10K Hasil Guna Facebook

Hebatnya-Personal-Shopper-Ini-Raih-10k-Hasil-Guna-Facebook

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas. Ramai di antara kita yang kehilangan kerja dan terpaksa meneruskan hidup dengan berniaga secara kecil-kecilan. 

Ini la nasib yang menimpa seorang pemuda berusia 32 tahun, Nuzul Nur Fitri bin Abd Aziz. Dia diberhentikan kerja serta merta ekoran berlakunya PKP. 

Sebelum ni dia bekerja sebagai Outlet Manager sebuah cafe yang terkenal di Singapura. Hanya Allah swt yang tahu perasaan bila dia terima email “Termination Of Employment” 

Menurut Nuzul, “Perkara yang saya takuti akhirnya berlaku juga.. Memang rasa gelap masa depan keluarga selepas saya diberhentikan kerja pada 21 Julai 2020..”

Bayangkan dalam sekelip mata dia hilang punca pendapatan bernilai RM11,000 sebulan.. Dengan keadaan yang selesa dan boros selama ni, dia buntu bila diberhentikan kerja dalam keadaan tak ada duit simpanan. 

Macam mana dia nak survive? Macam mana nak bayar komitmen yang tinggi setiap bulan. Korang yang berada di tempat Nuzul ni mesti sedih dan faham apa yang dia rasa kan? 

Kami daripada Team Momentum turut rasa kesedihan yang sama tapi apa yang buat kami tersentuh hati bila dia ucapkan terima kasih pada Sifu Najib dan Team Momentum Internet selepas dia berjaya buat RM10,000 sebulan dengan bisnes sebagai personal shopper barang IKEA.

Hebat kan? Dia cuma terima tempahan dan belikan barang untuk orang je tetapi boleh buat jualan tinggi dan tarik ramai pelanggan guna Facebook jer… 

Pada mulanya dia sama juga macam orang lain, tak tahu onlinekan bisnes dan buat Facebook Page. Nak tekan butang yang mana satu pun dia tak tahu..

Demi keluarga dia nekad untuk pergi belajar, berguru dan trust the process. Dia terus join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) pada bulan November 2020.

“Selepas pergi belajar saya terus ikut apa yang Sifu ajar iaitu buat Facebook Page, betulkan ayat copywriting, konsisten Facebook Live dan Like Marketing”, ujarnya berkongsi cerita.

 Alhamdulillah selepas dia buat tindakan, sales daripada kosong mula naik ke RM2,000 kemudian RM5,500 dan terus meroket ke RM10,000 sebulan. Dahsyat kan? Tak sampai setahun pergi belajar terus dapat buat jualan 5 angka sebulan.

Ya Allah, gembira kami dengar pencapaian Nuzul ni. Siapa sangka orang yang rasa tak ada harapan lagi untuk ubah nasib hidup sekarang dapat beri keselesaan pada keluarga. 

Kami tahu ada ramai peniaga di luar sana masih stuck dan tak tahu nak naikkan jualan secara online. Pelanggan tak ramai dan posting di Facebook rasa macam ghaib tak ada orang nampak..

Sebab tu kami nak bantu korang tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan jualan masa lockdown dan PKP. Jom dapatkan 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama secara PERCUMA.

Dapatkan info dan maklumat lanjut di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !