fbpx
blog najib asaddok

Hasil Kerja Keras Akhirnya Peniaga Tepi Jalan Ini Capai Sales RM30,000 Sebulan

Hasil Kerja Keras Akhirnya Peniaga Tepi Jalan Ini Capai Sales RM30,000 Sebulan

Pernah ke korang terfikir berniaga tepi jalan ni boleh grow dan tarik ramai pelanggan? Ye la, sejak negara kita dilanda PKP tahun lepas, banyak bisnes yang terpaksa ditutup termasuk lah gerai di tepi jalan..

Tapi siapa sangka, Abdul Manaf bin Prakash iaitu pemilik kepada JP Donut mampu survive hingga ke hari ni.. Lebih memeranjatkan bila dia boleh buat lebih RM10,000 sebulan.

Macam mana dia buat? Korang jangan terkejut tau sebab dia ni berniaga donut jer kat tepi jalan di Petronas, Johor Bahru.

Sebelum ni dia bekerja Chef di Singapura dan Australia, tapi dia nekad untuk buat bisnes selepas diberhentikan kerja. Waktu tu, memang struggle sebab duit simpanan habis dan tanggung hutang yang banyak..

Lebih teruk bila tak ada duit nak beri anak dan isteri makan di rumah.. Kalau korang berada di tempat Abdul Manaf mesti korang rasa sedih dan bengang kan?

Hati dia mula terdetik untuk buat tindakan lepas selalu join live Najib Asaddok dalam Sarapan Minda Momentum. Tanpa fikir panjang, dia terus daftar kelas Roket Pemasaran Momentum dengan yuran RM30 waktu tu.

Tak berhenti setakat kelas RPM, dia teruskan journey ke ARB dan circle Platinum. Dengan ilmu yang dia dapat, dia mula setup Facebook Live dan betulkan ayat copywriting untuk pikat hati pelanggan..

“Saya bersungguh-sungguh tunjukkan kelainan dengan bagi value kepada pelanggan. Saya nak mereka rasa layanan 5 star walaupun hanya beli donut tepi jalan”, ujarnya.

Sales yang asalnya RM10 sehari mula meningkat ke RM5,000 sebulan dan seterusnya dia berjaya pecahkan jualan RM10,000 sebulan. Alhamdulillah, baru-baru ni dia share dengan kami dah berjaya capai RM36,000 sebulan.

Jangan pelik lah Abdul Manaf boleh tarik ramai pelanggan sebab donut yang dihasilkan memang premium, gebu dan lembut. Memang ramai betul peminat donut ni sampaikan dalam 2 jam je donut boleh SOLD OUT!

Kejayaan paling besar selama buat bisnes, dia dah ada duit untuk menyimpan setiap bulan, mampu bayar hutang, dapat beri duit belanja pada mak ayah dan beri keselesaan pada keluarga terutama sekali dari segi makanan dan tempat tinggal. 

Abdul Manaf dah buktikan gerai tepi jalan pun boleh survive dan capai jualan lebih RM30,000 sebulan. Semua tak mustahil sekiranya peniaga ada ilmu dan berguru. 

Nak ke nak kami bimbing korang sampai berjaya macam Abdul Manaf? Jangan ketinggalan untuk daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM10,000 Pertama pada 23 & 24 Oktober 2021 di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !