Blog Najib Asaddok

Google dah ada AI tersendiri sebagai experiment?

Google dah ada AI tersendiri sebagai experiment? Macam mana nak guna?

Ada yang tak tahu masalah bila nak cari idea tu adalah masalah. Jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Betul ke? That’s why itu yang saya nak tulis pada kali ini tentang “Google Search Labs” iaitu Google Ai untuk cari maklumat

Tak tau nak posting apa? Benda macam ni selalu jadi bila kering idea, tak tahu tujuan, tak tahu apa benda yang boleh kongsi dan apa yang tak boleh.

Untuk permulaan, kena ada “problem statement”. Anda perlu tahu masalah pelanggan. Jadi dekat sini boleh cari idea guna bantuan Chat GPT atau Google sebagai contoh. Sekarang, Google juga ada AI search yang dinamakan Google Search Labs. Ini juga salah satu cara untuk Google tambah baik hasil carian. Jom tengok cara nak guna Google Search Labs.

 

1. Buka Google Chrome macam biasa, dan klik pada icon “Search Labs”.

 

Google Ai

 

 

2. Ia akan membawa anda pada halaman ini. Anda perlu “turn on SGE”.

SGE ini adalah “Search Generative Experience” bermaksud anda perlu hidupkan butang ini supaya anda boleh guna Google Search Labs. Seterusnya, anda akan merasai pengalaman guna Ai untuk cari maklumat dengan lebih cepat.

 

 

3. Kemudian, pergi ke halaman Google dan cari maklumat macam biasa.

Disini saya bagi contoh soalan yang anda boleh guna untuk search.

 

 

Google akan generate jawapan dan bagi gambaran jawapan. Benda ni dapat jimatkan masa anda dari cari lebih jauh. Anda tidak perlu tekan laman web satu per satu. Tidak seperti Chat GPT, setiap jawapan yang google bagi akan disertakan fakta dan rujukan dari laman web yang boleh dipercayai. Mudah ke mudah?

 

Google Search Labs juga ada kelemahan. Tidak semua jawapan akan diberi secara AI dan hanya boleh guna bahasa Inggeris. Anda boleh  explore lebih lagi tentang AI ni sebab ini hanya lah satu experiment yang Google buat.

 

Dapat sesuatu? Google Search Labs ni boleh jadi salah satu cara anda nak cari idea dan tambah baik apa yang perlu.

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang Google Search Labs!

 

Rujukan:

Truly, A. (2023, December 11). Google Search Labs: What it is and why you need it. Android Police. Retrieved December 25, 2023, from https://www.androidpolice.com/google-search-labs-guide/

Facebook Comments
Exit mobile version