fbpx
blog najib asaddok

Game Changer 2022: Kena Kuatkan Branding

Game Changer 2022 Kena Kuatkan Branding

Alhamdulillah, selesai untuk sesi Ultimate Personal Coaching (UPC) hari ni. Dah berapa hari saya duduk je tak bergerak kecuali solat dan rehat. 

Naik kejung badan saya ni, penat? pening? Tu semua hilang lepas saya dengar win daripada anak murid saya. Syukur, Allah swt masih berikan saya rezeki untuk bantu mereka grow kan lagi bisnes. 

Biasanya mereka akan update report, pencapaian dan win dari segi personal yang dia dah capai sebab saya suka nak tengok benda ni dulu..

Dan.. saya nak mereka bawakan game yang berbeza untuk tahun 2022 ni sebab pelanggan tak akan beli kalau mereka tak kenal dan TRUST pada kita. 

Sebab tu hari ni saya pesan pada salah seorang anak murid saya, Ili Munirah yang merupakan Founder Murni Mastika Gold untuk dia kuatkan lagi branding. 

Walaupun dia share dengan saya roadblock dia sekarang dah ramai pesaing mula main harga tapi saya tekankan untuk dia jangan terlalu fokus ikut apa orang kata.

Kuatkan branding, perbaiki logo, besarkan lagi target untuk tarik ramai pelanggan sebab manusia ni lebih percaya pada brand. Mereka beli sebab brand dan value yang kita bawa. 

Ingat ya, pesaing utama kita bukan orang lain tapi diri kita sendiri. Kalau nak improve lebih baik kita kena bandingkan dengan diri kita yang semalam. 

Baru la bisnes boleh pergi lebih jauh. Amacam? Ini lah antara perkara yang saya tekankan dalam sesi UPC. Ada banyak lagi sebenarnya, insyaAllah dalam next UPC saya akan share lagi.

Saya tak minta banyak, cuma nak korang doakan saya terus diberi kekuatan untuk bimbing lebih ramai peniaga. Semoga tahun 2022 ni kita sama-sama berjaya capai impian ya. Aamiin.

Ada ke kat sini nak saya dan Team Momentum bantu? Jom dapatkan Program Roket Pemasaran Momentum ni bernilai RM499, kali ni kami nak taja anda belajar secara PERCUMA. 

Daftar PERCUMA sekarang di —> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !