fbpx
blog najib asaddok

Fanpage Krikk Krikk Dan Follower Cabut Lari? Jom Follow Tips Ni

Cabut

Ada fanpage facebook? Nak tahu sikit apa anda upload dalam tu.. Atau sekadar fanpage kosong tu je..? Macam mana follower atau fans nak tahu kita ni buat apa kalau bila bukak facebook page anda tapi takde apa yang menarik. Satu apa pon takde. Hmm..

Dah nak masuk bulan merdeka dah ni,sales anda dah merdeka ke? Kalau korang nak tahu, fanpage ni la tempat kita nak tarik pelanggan dan bakal pelanggan. Kalau takde pelanggan macam mana nak ada sales?

Ramai dah usahawan tanya soalan yang sama “sifu, content apa yang saya perlu letak?” Ni ok lagi. Ada tu yang letak gambar produk je. Setiap post upload gambar produk. Senang cerita asyik menjual jela. Tak bosan ke? Kalau saya la yang tengok, saya dah move ke page yang lain. Siapa je nak tengok iklan…

Sebenarnya banyak je content bermanfaat yang boleh kita share pada audience. Nanti takdelah diorang ni JEMU. Nak tahu apa je content yang boleh kita letak?

1.Sharing content

Audience ni suka kalau kita bercerita/story telling dengan dia. Sebab manusia suka akan cerita. Banyakkan share content yang menarik tak semestinya tentang produk yang kita jual, mungkin tips yang membantu selesaikan masalah mereka.

Mungkin boleh letakkan content yang bergambar atau video. Post content yang berbeza setiap hari. Barulah follower kita tak bosan.


2.Video live

Bila sebut live, mesti ada sesetengah usahawan yang geleng kepala. Ayat yang biasa saya dengar “malu la, taktahu nak cakap apa”. Kalau kita tak cuba, kita taktahu. Buang perasaan malu tu.

Memang la mula-mula mata yang tengok tu sedikit, tapi kalau kita sentiasa buat live, orang akan kenal dan nak tengok apa yang kita nak share.

Sentiasa respond apa yang audience tanya dan bebual dengan dia. Baru la diorang rasa dihargai dan suka tengok apa yang kita cakap hari-hari. Practice makes perfect!

3.Gambar testimoni

Gambar testimoni yang telah berjaya ni mampu tarik hati pelanggan untuk tengok dan mencuba. Sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi untuk mereka berjaya.

Selain gambar testimoni, kita boleh tunjukkan result dan kejayaan seseorang. Pelanggan akan percaya dengan apa yang kita buat. Mereka akan membeli dan menggunakan produk kita tanpa ragu-ragu. Dari sini la kita boleh bina trust dengan customer.

4.Update aktiviti

Untuk buat orang kenal branding kita, kita boleh update apa aktiviti yang kita buat dalam posting. Orang akan kenal bila asyik tengok post kita berulang-ulang kali naik di facebook mereka.

Tak semestinya share pasal produk kita, sharing tentang kehidupan harian kita pon boleh. Lagi banyak kita share, lagi ramai followers kenal kita. Jangan biarkan page kita tu kosong je.

5.Special offer

Audience akan tertunggu-tunggu posting yang macam ni. Kita boleh buat posting special offer dan bagi tawaran yang menarik kepada pelanggan.

Bagi discount dan harga yang tak masuk akal time tu je. Bila cerita tentang promosi ramai pelanggan yang akan berminat untuk membeli. Yelaaa.. siapa je yang tak suka promosi kan..

Nampak macam simple je kan tips ni tapi ni la antara benda yang usahawan luar sana takut nak post. Banyak sangat alasan sampai kan apa benda yang nak cakap dalam page pon susah nak decide dan buat.

Kalau kita nak berjaya dengan cepat, bertindak la sekarang. Kejayaan takkan datang bergolek, kita yang kena cari dan kejar.

Sebab tu pentingnya ilmu dan panduan yang betul. Nampak macam kita dah tahu semua benda kan, tapi sebenarnya banyak yang kita taktahu kita taktahu.

Sempena bulan Kemerdekaan ni, jom merdeka kan diri, bisnes dan kewangan anda. Saya bantu tunjukkan ilmu dan cara yang betul.

Nak ke nak saya share lagi ilmu? Jom download video percuma di 50Kusahawan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !