fbpx
blog najib asaddok

Ejen Lemau ? Follow 3 Tips Ni Untuk Naikkan Semangat Mereka…

Ejen lemau? Follow 3 tips ni untuk naikkan semangat mereka…

Saya faham ramai Founder yang ada isu daripada ejen ataupun stokis mereka. Bila ejen ni lemau, ejen lompat pergi dekat orang lain tu menyebabkan kita punya sales jadi sendu.

Penatlah setiap hari kita dah bagi macam – macam sharing, mesej, bagi video tetap juga ejen kita macam tu. Tetap macam nak meninggal, bukan meninggal dunia ya. Meninggal maksudnya tak aktif. Sampai kita tengok pun pelik, dia ni hidup lagi ke tak ?

Sedar ke tak sedar kita ni sebenarnya kena korek dulu apa masalah ejen ni. Dari mana puncanya ? Macam mana nak selesaikan masalah ni ?

Jom saya sharekan 3 tips untuk nak naikkan semangat ejen.

1. Faham Apa Masalah Ejen

Kenapa penting kita perlu fahamkan masalah ejen ni? Haaa…. bila kita tahu masalah tu kita boleh selesaikan dengan adakan training yang sesuai. Jangan ajar topik syok sendiri pula.

Contohnya, bila ejen tak pandai nak buat online marketing, HQ kena guide ajar macam mana nak buat. Kalau HQ pun tak tahu, boleh belajar sama – sama dengan ejen pergi training syarikat luar.

2. Buatkan Ejen Terinspirasi Dengan Kita

Founder ni kena jadi contoh kepada ejen – ejen yang lain. Kita boleh kongsikan cerita macam mana kita struggle nak bina bisnes. Macam mana cara kita mula dari bawah.

Sebab benda ni boleh memberikan inspirasi kepada ejen – ejen yang lain. Mereka akan jadi lebih bersemangat untuk buat sales. Jangan lupa pula untuk berikan mereka reward bila berjaya capai sales yang banyak.

3. Share Ilmu Yang Up-To-Date

Masalah kepada ramai orang adalah dia share benda – benda yang dah lama. Balik balik benda yang sama. Bagi tips buat sales cara yang lama, dulu orang ramai buat bisnes offline tapi sekarang dah online.

 Bila ejen tanya HQ macam mana nak gunakan Facebook? HQ pula tak tahu. Jadi dekat situ buatkan mereka ni tak yakin dengan produk atau servis yang dia jadi ejen ni. Pihak HQ perlu belajar dulu ilmu yang up-to-date barulah dapat turunkan ilmu tu kepada yang lain.

Nak jaga stokis, ejen atau dropship ni bukannya mudah. Lagi – lagi nak buatkan mereka setia dengan kita.

Apa kata anda rendahkan ego jom ajak stokis, ejen atau dropship anda tambahkan ilmu untuk nak gandakan jualan anda, jadilah yang terawal untuk rebut peluang dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM 10,000 Pertama pada 23 dan 24 Oktober 2021 di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !