fbpx
blog najib asaddok

Ejen Blurr Tak Tahu Nak Tackle Hati Pelanggan? Jom follow tips ni..

Ejen Blurr Tak Tahu Nak Tackle Hati Pelanggan. Jom Follow Tips Ni

Saya tahu sekarang ni ramai jer orang jadi ejen, stokis dan dropship untuk produk orang lain. Yelah, kalau nak buat bisnes sendiri perlu keluarkan modal yang besar, better untuk permulaan jual produk orang dulu..

Jangan anggap jual produk orang tak boleh capai sales yang tinggi. Sebenarnya jadi ejen, stokis dan dropship ni tak perlu pening-pening kepala fikir untuk keluarkan kos operation korang hanya perlu  keluarkan kos marketing untuk tarik pelanggan..

Tapi sekarang ni, korang sebagai ejen still ada masalah nak tarik pelanggan kan?? Tak akan nak mengharapkan daripada HQ jer? 

Sebab tulah korang kena tahu skill nak pikat hati pelanggan ni..

  1. Buat Pelanggan Rasa Selesa

Jangan bila pelanggan datang dekat kita, kita terus menjual. Buat pelanggan rasa selesa dulu dengan kita. Tanya khabar dia ke atau puji dia dulu. 

Kita dengan tahu semua orang suka dipuji. Sama juga macam pelanggan ni. Kita kena bina dulu hubungan pada bakal pelanggan kita baru kita mudah untuk closing dia.

  1. Testimoni

Testimoni ni penting sebenarnya untuk dapatkan kepercayaan pelanggan. Bila kita ada testimoni pelanggan akan rasa yakin dengan kita. 

Sebab tu kita kena ada database pelanggan kita untuk dapatkan testimoni. Paling cikai pun dapatkan nama dan no telefon mereka. 

  1. Jangan over confident

Memang bagus kalau kita dapat jawab semua soalan customer, nampaklah luas ilmu pengetahuan. Tapi, kena ingat, tak semua benda kita tahu. Kadang-kadang ada customer akan buat-buat tanya soalan tough untuk uji kita. 

Kalau dapat jawab sebetulnya baguslah tetapi kalau tak tahu jangan main taram jer, takut nanti terbagi fakta salah, kita sendiri yang merah padam nanti. Sebaiknya cuba jawab dengan baik. 

Faham ni?? Korang dapat sesuatu?? Jangan risau korang sebagai ejen, stokis dan dropship pun boleh buat sales meroket..

Korang nak mula tapi tak tahu macam mana?? Jom jumpa saya Live di Facebook Najib Asaddok hari ni, 16 Mac 2021 pada pukul 9.00 Malam. Banyak yang saya nak kongsikan terutama pada korang yang ejen ni.

Join channel telegram untuk dapatkan info kelas di www.telegramnajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !