fbpx
blog najib asaddok

Ehhh.. Nak buat live? Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

Ehhh.. Nak buat live.. Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

Anda nak try buat live? Bagus kalau anda dah mula buat step seterusnya.. Keep fighting! Saya faham.. Memang malu, tak tahu nak cakap apa.. Takut tersalah cakap.. Tapi, kalau kita tak cuba kita tak tahu.. Sampai bila-bilalah tak cuba untuk buat live.. Sedangkan live ni adalah satu cara paling cepat nak buat sales..

Nak buat live ni tak perlu ada studio pun.. Buat simple je.. Tapi yang penting, buat viewers tengok sampai habis.. Jangan diorang buka sekejap, terus tutup…

Ada student kami Tuan Fazhar, yang dulunya sales sehari tak sampai RM50 pun.. Tapi sebab dia start buat live, sales sekarang dah mencecah RM80,000 sebulan.

-> Baca Di Sini

Ambil point-point ni dan jadikan checklist setiap kali korang nak live tau.. Jom baca sampai habis.

Nak buat live? Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

1. Internet

Ini paling penting bila kita nak buat live.. Kita tak boleh suka-suka nak buat live dekat kampung, cantik.. Tapi line tak ada.. Dah tersangkut-sangkut nak buat live. Korang boleh check internet korang laju atau tak.. Korang boleh cuba try buat speed test.

Korang memang kena check dulu.. Kalau tak okay.. Ia akan buatkan live terganggu.. Kualiti video live tak cantik.. Kenapa semua ni penting? Sebab kalau viewer tengok, tak nampak jelas memang keluar balik lah dia.. Buat apa tengok tv yang tak terang?

Nak buat live? Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

2. Suasana

Haa.. Ni pun boleh memainkan peranan penting.. Kita kena tengok situasi.. Keadaan sekeliling sebelum buat live.. Manalah tahu kalau tiba-tiba tersidai sotong kering kat belakang, dah terkial-kial kita nak jawab dengan viewer.. Sedangkan bukan kita punya pun.. Dah malu sendiri..

Lagi satu, suasana tempat live pun kena berbeza.. Barulah boleh tarik perhatian viewer.. kalau tempat sama je, boringlah semua yang tengok.. Jangan pula terlampau ramai orang, tempat sesak ke.. Ni akan buatkan bunyi terganggu.. Anda yang sedang buat live pun boleh terganggu..

Nak buat live? Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

3. Orang yang akan live

Ini lagi penting.. Orang yang buat live.. Kalau tak ada, macam mana nak buat? Biar je share keadaan sekeliling… Orang yang akan live perlu siapkan diri.. Berpakaian kemas.. Muka kemas, tudung kemas.. Baru orang rasa sejuk mata memandang. Intonasi orang yang akan live pun memainkan peranan yang penting. Sebab bila kita pilih orang yang suara slow, tak ada tenaga.. Siapa yang nak dengar? Live lah sorang-sorang sampai esok..

Nak buat live? Jom tengok checklist ni dulu.. Baru boleh tekan live!

4. Point

Point adalah benda penting dalam live.. Anda perlu ada point dan tajuk dalam live.. Takkan nak cakap kosong je? Anda boleh rangka dulu point yang anda nak huraikan.. Tak perlu skrip berjela.. Cukup point dan anda terangkan dalam live. Pentingnya point adalah sebab ia akan buatkan kita lebih terarah.. Tak adalah 10 kali kita ulang ayat yang sama..

5. Audio dan video

Macam saya cakap dekat point pertama tadi.. Audio dan video perlu jelas.. Kalau tak jelas, mungkin orang pekak je yang tengok.. Apa yang kita cakap sorang-sorang tu.. Tak perlu mic mahal, tak perlu camera mahal untuk start buat live… Yang penting audio, video dan semua point dari atas tu memang penting. Memang kena ada.

6. Engagement

Ini adalah perkara yang WAJIB! Saya wajibkan engagement ada dalam live.. kalau kita syok sendiri, tak ada guna.. Sebab tu kita perlu engage dengan viewer.. Kita boleh mention viewer agar dia rasa terharu bila nama dia disebut.. Sebab tu intro penting.. Cara kita tarik orang tengok live kita yang buatkan viewer kita banyak atau sikit… Kena berinteraksi dengan viewers.

7. CTA (Call To Action)

Tolong jangan tinggal CTA. CTA penting supaya viewers kita ada tempat untuk dituju.. Apa next step yang dia perlu buat? Apa action plan mereka? Kalau tak ada CTA, terpinga-pinga fans.. Ehh.. Dah habis? Contoh… “Kita cakap produk ni bagus.. Produk ni bantu…. Okay.. terima kasih kepada yang join live.. Terima kasih..” Dah terpinga-pinga bakal pelanggan nak beli.. Faham ke faham ni? Paling tak, suruh dia pm,dm, whatsapp no yang ada.. Like page ke.. Semua boleh.

Amacam.. Mudah je nak buat FB live.. Pastikan 7 benda ni jadi checklist korang sebelum live.. Kita bukan nak perfect, tapi FB live pun boleh jadi penyebab bakal pelanggan datang ramai-ramai. Itu saja dari saya..

Tak ada idea nak buat live? Nah saya share tips untuk live -> 5 Tips Buat Live



Kalau anda nak lebih lagi, saya akan kongsikan banyak lagi dalam kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA). Daftar di www.NakTarikPelanggan.com/oba

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !