fbpx
blog najib asaddok

Dulu Lain, Sekarang Lain. Ini Pengalaman Saya Sebagai Isteri Najib Asaddok.…

Hari ni saya nak cerita tentang dulu lain, sekarang lain dan pengalaman saya sebagai isteri Najib Asaddok. Alhamdulillah kami dah bersama sebagai suami isteri selama 13 tahun insyaAllah. 

Saya nak ceritakan serba sedikit, dulu dan sekarang kami macam mana. Korang ready ke ready nak dengar ni?

Dulu suami saya rajin jaga anak-anak, kemas rumah, sediakan makanan tapi sekarang masih sama cuma dah jarang.  Anda rasa apa yang saya rasa? Sedih kecewa? Tak saya tak rasa pun kedua-dua tu. Saya rasa kelainan yang berlaku dah mengajar saya tabah dan menjadi isteri yang redha.

Saya juga berpegang pada “Ya Allah, kau berikan sesuatu tetapi kau juga ambil sesuatu”. Kita kena tahu sebab Allah tak akan bagi semua benda dalam satu masa. Ini mengajar saya untuk kita ni jangan jadi tamak. 

Saya fikir ini lah antara pengorbanan saya dan suami sebab saya yakin suami saya mesti ada rasa nak bantu, buat kerja rumah dan gembirakan saya. Sebenarnya saya memahami tugas suami saya sebagai trainer, guru dan marketing online expert. 

Tugas dia sangat besar sebab tu saya fikir tak akan saya nak mengharapkan suami untuk jaga anak, lap tingkap dan sebagainya. 

Kalau orang tanya dulu macam mana dan sekarang ni macam mana, dulu buat kerja sama-sama dan saya yang biasa belanja suami saya ataupun kita tong-tong duit.

Tips yang saya boleh berikan ialah jaga air muka suami kita walaupun dalam sudut ekonomi para isteri lebih tinggi daripada ekonomi suami. Duit poket lebih banyak, lebih tebal daripada duit poket suami. 

Dalam perkahwinan ni semua orang ada ujian masing-masing kan.. Korang nak ke nak tahu lebih lagi cerita saya sebagai isteri Najib Asaddok? Jom tonton video ni sampai habis..

Anda nak ke nak saya bantu? Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di https://naktarikpelanggan.com/copywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !