fbpx
blog najib asaddok

DEPRESS GILER SEBAB BISNES JATUH SAMPAI KOSONG, AKHIRNYA BERJAYA CAPAI RM100k PERTAMA IKUT FORMULA NAJIB ASADDOK

Dulu saya ni bukan orang yang jenis tahu banyak perkara. Disebabkan saya kurang ilmu dan sifat terlalu percaya pada kawan, bisnes yang saya bina selaa 2 tahun sebelum ni dengan sepenuh hati jatuh terjunam sekelip mata sampai baki dalam bank hanya RM0.00.

Saya berniaga dalam industri makanan @ F&B sejak awal tahun 2016. Dulu saya bermula dari gerai tepi jalan sahaja sehingga dapat mengembangkan menjadi sebuah cafe pada tahun 2017. Ketika itu, cafe saya sentiasa mendapat sambutan, ramai orang datang sebab servis saya ketika itu sangat baik, disenangi pelanggan dan kerana kualiti makanan yang hidang pada customer sangat bagus.

Kedai makan ni, kalau servis bagus, makanan power, sebenarnya senang nak grow. Dan disebabkan grow bisnes terlalu cepat, akhirnya saya ambil keputusan untuk kembangkan bisnes dengan cuba gunakan konsep franchise pada pertengahan tahun 2017. Ketika itu, saya rasa saya dah terlalu pandai, bisnes dah mula grow, itu yang buatkan saya rasa berilmu padahal apa yang saya buat ketika itu adalah membunuh bisnes saya.

Nak dijadikan cerita, ketika itu saya pun terpengaruh dengan kawan yang katanya sanggup nak bantu bisnes saya grow lebih besar. Untung rugi sama-sama tanggung. Kami akhirnya berjaya buka 3 cawangan cafe dalam mall tak sampai setahun. Tapi itulah, disebabkan tidak ada ‘ILMU’ yang sebenar, akhirnya saya ‘jatuh’ sebab saya tidak pandai bab nak manage 3 ‘franchise’. Agreement kelaut, untung rugi main kira-kira gitu dan sebenarnya saya belum ready lagi nak jadi owner bisnes yang boleh uruskan 3 cawangan.

Kewangan, simpanan saya semakin akhirnya makin kering, makin teruk. Duit dah banyak keluar untuk selamatkan bisnes tapi tak ada hasil. Lagi malang, kawan yang konon nak tanggung bersama, bab rugi dah cabut tak nak tolong lagi.

Akhirnya bisnes saya terpaksa saya lepaskan, sebab saya dah tak ada duit nak beroperasi.

Sejak itu, saya kurungkan diri dalam rumah untuk 3 bulan tempohnya. Depress yang saya rasa sangat giler perasaannya. Tak boleh nak ungkap sampaikan saya tak nak bercakap dengan siapa-siapa pun, makin jadi pemarah dan makin simpan perasaan tu sampai hampir-hampir nak jadi gila.

Apa yang saya alami ketika itu rasanya macam dunia dah tamat untuk saya, sehinggalah saya ternampak satu video Jack Ma dari Alibaba yang beliau kongsikan pengalaman beliau ketika struggle nak jadikan Alibaba multi-bllion punya syarikat. Jack Ma juga cerita kawan-kawan yang berpaling dari dia sepanjang proses dia nak berjaya.

Saya perasan, apa yang bezakan kita dengan orang berjaya dan tidak berjaya adalah orang berjaya sentiasa bangun bangkit bila jatuh, manakala orang tidak berjaya dia tidak ingin bangkit semula. Perkara yang paling memberi kesan mendalam pada diri saya adalah teruskan buat apa yang pernah kita penah buat, sebab itu adalah pengalaman kita dalam bidang yang kita ceburi.

Akhirnya saya dapat satu suntikan semangat, untuk saya berani keluar dari keadaan depress untuk buat kembali apa yang saya pernah berjaya lakukan, cumanya kali ini lebih berhati-hati. Saya ambil keputusan untuk mulakan balik bisnes makanan yang saya pernah buat.

Dengan modal RM5,000 saya beranikan diri pinjam dari orang lain, saya mulakan perniagaan burger dan chicken wing pada awal tahun 2018. Dan ketika ini saya cuba untuk ikut cara kebanyakkan orang berjaya dengan mencari seorang Guru, mentor yang boleh guide bisnes saya supaya elak lakukan kesilapan bodoh saya yang dulu.

Alhamdulillah saya follow Najib Asaddok dan jadikan beliau sebagai guru dalam marketing, banyak saya follow kaedah dan Formula yang ditunjukkan. Banyak perkara baru yang saya belajar ditambah pula dengan pengalaman jatuh bangun bisnes sebelum ini, sedikit sebanyak bantu saya jadi lebih matang dalam bisnes.

Bila saya follow step by step Formula Najib Asaddok, Alhamdulillah bisnes saya lebih mudah berjalan, senang tarik pelanggan sehingga saya berjaya mencapai RM100k pertama pada pertengahan 2019. Alhamdulillah walaupun tidak selaju dengan kawan-kawan dalam circle baru saya, tapi saya nampak jelas peningkatan bisnes saya.

Sekarang ni saya dah jelas cara nak capai RM1juta pertama saya. InsyaAllah saya konsisten mengikuti kelas Sifu Najib Assadok, saya yakin dan percaya pada tahun 2020 ini saya pasti capai RM1juta pertama dengan ilmu yang diberikan tanpa putus.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !