Content Yang Ejen/ Dropship Boleh Guna Untuk Tarik Ramai Pelanggan

3 Jenis Content Yang Ejen Dropship Boleh Guna Untuk Tarik Ramai Pelanggan

Ramai Ejen, Stokis dan Dropship yang dah lama atau baru nk berniaga tak tahu bahawa tugas utama mereka adalah buat marketing. Selama ni mereka ingat kena fokus pada sales je..

Rupanya nak tarik ramai pelanggan perlukan banyak sharing berbanding korang fikir nak menjual, menjual dan menjual.. 

Percaya lah, produk dah hebat macam mana pun tapi kalau tak ada marketing yang power, alamatnya bungkus la bisnes tu tak lama lagi..

Penting tau untuk Ejen, Stokis dan Dropship buat content marketing. So apa benda yang korang patut share? Kat sini ada 3 idea atau korang WAJIB share supaya boleh pikat hati ramai pelanggan..

  1. Buat Facebook Live

Nak buat FB Live ni tak mahal sangat pun sebab PERCUMA jer..  Ye, korang tak perlu nak bayar pun untuk ni.  

Ejen dan stokis boleh buat Facebook Live untuk tunjukkan apa yang korang boleh bantu, bagi sharing berbentuk nasihat, share tips & trick, soal jawab atau live secara santai je..

Korang okay ke okay setakat ni? Jom baca point seterusnya..

  1. Share Testimoni Pelanggan

Testimoni daripada pelanggan ni memang power sebab kebanyakan orang membeli sebab mereka lebih terinspirasi daripada feedback pelanggan.

Jadi Ejen, Stokis atau Dropship boleh guna peluang ni untuk kuatkan kepercayaan pelanggan. Ingat ya, manusia ni biasanya akan lebih tertarik dengan seseorang yang ada persamaan dengan diri dia.

  1. Kongsikan Video “Behind The Scene”

Macam mana nak buat video “behind the scene” ni? Mudah jer, kalau korang adalah Ejen produk kecantikan, buat satu video tunjuk aktiviti pembungkusan atau aktiviti seharian korang. 

Timbulkan keyakinan orang bahawa bisnes anda ni sangat teliti, kemas dan selamat. Baru orang yakin dan mula percaya dan secara tak langsung mereka rasa lebih dekat dengn korang.
Korang dapat sesuatu daripada perkongsian hari ni? Nak lagi tips dan info yang menarik? Jom dapatkan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !