fbpx
blog najib asaddok

COCA-COLA ‘MINUM’ COSTA UNTUK LAWAN STARBUCK & DUNKIN’ DONUTS?

 

Beberapa hari lepas Coca-Cola mengambil langkah baru dengan membeli Costa Coffee sebanyak $5.1 Billion USD @ RM21 Billion..

.
Langkah pembelian Costa Coffee ini menjadikan Coca-Cola pemain minuman coffee terbesar dunia, setanding Starbucks dan Dunkin’ Donuts.

.
Kalau anda perasan ke perasan, industri minuman coffee ini makin menjadi trending, makin menjadi salah satu cara hidup pada masyarakat umum.

.
Setiap pagi hampir keseluruhan manusia sarapan dengan kopi hinggakan sebelum ini Dunkin’ Donuts melancarkan kempen di US untuk menjadi salah satu player besar industri coffee ini.

.
Kalau kita tengok sejarah Costa Coffee, mereka dah pun beroperasi selama 24 tahun dan pasaran mereka telahpun berkembang dari UK hingga ke Eropah, Asia, Timur Tengah dan juga dalam proses berkembang di China.

.
So, memang sangat smart Coca-Cola memiliki Costa Coffee. Dengan pengalaman dalam industri beverages dan kekuatan sedia ada Costa Coffee, ini akan jadikan Coca-Cola sebagai salah satu pesaing hebat untuk Starbucks dan juga Dunkin’ Donuts..

.
Erm, kat Malaysia pun tengok jer kat setiap stesen pam minyak Shell, majoriti semua ada coffee machine jenama Costa.

.
So, ini akan buatkan peminat kopi tegar berbelah bagi nak pilih kopi apa yang best. Apa pun, syarikat gergasi ni tak kisah pun siapa lebih dari siapa sebab masing-masing dah ada peminat tegar, ‘kipas susah mati’ masing-masing.

.
Kita pun kalau kalau nak travel, boleh pilih Costa. Kalau nak melepak ala hipster boleh jer ke Starbucks.. Dunkin pun boleh..

.
.
#roketcontent
#roketpemasaran

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !