fbpx
blog najib asaddok

Cara & Idea Mudah Nak Buat Facebook Live Masa PKP 3.0

Cara & Idea Mudah Nak Buat Facebook Live Masa PKP 3.0

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, ramai peniaga mula bertindak untuk onlinekan bisnes.

Persoalannya macam mana nak dapatkan kepercayaan pelanggan secara online? Ini ada 5 point penting yang peniaga kena tahu tentang cara yang paling simple dan mudah untuk naikkan jualan hanya dengan Facebook Live. 

Ready ke ready nak tahu point penting yang saya nak bagi ni? Saya nak korang terus shoot dan tidak jadikan PKP 3.0 sebagai alasan untuk mengalah sedangkan kita ada medium online. 

Ini apa yang saya buat selama ni, jadi pastikan korang baca sampai habis ya..

  1. Buat Sesi Soal Jawab

Facebook Live adalah satu medium yang paling bagus untuk kita berinteraksi secara langsung dengan orang lain. 

Jadi sebelum buat live sesi soal jawab ni, korang boleh buat satu posting untuk kumpul soalan supaya korang lebih bersedia. Yang paling penting, kena spontan dan tak payah nak secara skema sangat, janji orang nampak kita ni hidup. 

  1. How To

How to ni dalam bahasa mudah nak faham ialah petua atau ‘tips and trick’. Kita ajar orang tentang apa sahaja yang kita tahu. 

Tak semestinya nak cakap pasal produk dan menjual je, balik-balik cakap pasal bisnes, orang yang dengar pun bosan. 

  1. Interview

Buat sesi interview dengan orang yang korang kenal, expert atau paling mudah interview dengan Stokis dan Ejen yang dah berjaya buat sales. Korang boleh panggil dan tanya dia soalan. 

Tak susah pun, tak perlu nak ikut sebiji macam rancangan di televisyen. Buat Facebook Live ni kena nampak santai.. Baru la orang nak stay sampai habis 

Korang okay ke okay setakat ni?

  1. Buat Demo

Masa ni la nak tunjuk kepakaran korang dalam bisnes, caranya buat demonstrasi supaya orang senang nampak dan faham. 

Contohnya kalau korang jual tudung tanpa gosok dan tak mudah renyuk. Dalam Facebook Live boleh tunjuk bukti yang tudung korang tu memang tak renyuk. Mudah je kan?

  1. Live Tour

Buat live tour dalam kedai sebab masa PKP ni mungkin ada kedai yang tak boleh nak beroperasi seperti biasa terutama sekali kedai makan.

Jadi korang boleh buat live tour ketika memasak, tunjuk restoran korang bersih dan mungkin boleh selitkan sekali yang korang menyediakan perkhidmatan delivery. 

Korang nak ke nak lebih lagi? Saya harap korang dapat sesuatu daripada apa yang saya share ni sebab saya tahu ramai yang masih malu-malu nak buat Facebook Live. 

Matlamat kita semasa buat Facebook Live ni adalah nak orang tengok tak kisah la semasa atau sebelum sebab yang paling penting kita kena buat je, selagi kita tak buat selagi tu kita akan tersangkut di level yang sama. 

Sebelum tu, saya nak hadiahkan korang 6 E-Book Copwriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA! 

Direct hubungi Team Momentum di —> www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !