fbpx
blog najib asaddok

Cara Ejen Bisnes Fashion Raih Sales yang Tinggi

ejen fashion

Bisnes fashion ni boleh dikatakan salah satu bisnes yang popular untuk dropship atau ejen buat. Boleh dikatakan setiap tahun demand untuk produk ni sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Kalau kita tengok, ramai usahawan diluar sana berebut rebut untuk jadi ejen dalam bidang fashion. Bisnes ni mempunyai potensi besar kerana sudah menjadi lumrah wanita ingin tampil cantik sentiasa.

Tak kisah la orang muda ke atau wanita yang sudah berusia, semua ingin tampil cantik di mata semua orang. Memang nampak macam mudah untuk jual baju atau tudung ni.

Tapi, ada segelintir ejen yang masih terkial-kial nak cari sales. Ada tu, sales setakat tu je, tak naik-naik. Ingat, bisnes fashion ni boleh bertahan lama kalau dibuat dengan betul. Sebab apa? Sebab bidang ni kekal relevan sampai bila-bila.

Antara cara untuk ejen fashion untuk raih sales yang tinggi ialah:

Kadang-kadang melalui gambar je dah boleh tarik minat pelanggan untuk membeli. Ramai kesalahan yang ejen diluar sana buat, mereka hanya letak gambar produk sahaja. Kalau anda nak tahu, gambar yang lebih beremosi ni lebih berkesan. Fokus untuk letak gambar orang lebih daripada gambar produk.

Contohnya, untuk bisnes tudung, gambar orang yang memakai tudung akan nampak lebih menarik. Bila pelanggan tengok mesti automatik yang mereka akan cakap “wahh lawanya”, “kalau aku pakai mesti nampak cantik macam dia”. Nampak tak, secara tak langsung akan menarik minat dia untuk membeli.

Headline ni selalu sangat diabaikan. Apa yang mereka selalu fokus ialah produk dan produk. Perkara macam ni akan buat pelanggan bosan dan tak nak tengok pon iklan dan posting kita. Kalau sebelum ni anda ejen yang abaikan perkara ni, anda dah patut ubah sikap tu.

Headline yang bagus akan buat pelanggan luangkan satu minit mereka untuk membaca posting kita. Headline yang menarik juga mampu membuatkan pelanggan terus fokus membaca apa yang kita tulis. Silap-silap terus boleh buat mereka rasa nak beli.

Bila cakap pasal promosi, ramai pelanggan yang akan berminat untuk membeli. Sebagai ejen, kita boleh buat pelbagai kempen dan promosi yang bertujuan untuk tingkatkan sales.

Sekali sekala buat jualan ala-ala Go Shop. Jangan jual satu, buat combo dua hingga tiga jenis dan bagi harga tawaran tak masuk akal masa tu je @ 24 jam dari waktu live. No whatsapp boleh prepare siap – siap.

Contohnya kempen “sempena” untuk hari hari istimewa.

Anda dapat sesuatu?

Nak Ilmu lagi?

Jom JOIN Kelas Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan Edisi Khas Ejen! Segera KLIK –> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !