fbpx
blog najib asaddok

Business vs Speed

Business VS Speed

Ramai usahawan yang bengang bila berniaga dah lama tapi masih lagi stuck, sangkut dan susah nak pecahkan jualan RM10,000 dan ke atas. Pelik, sepatutnya makin lama bisnes, jualan makin tinggi. Tapi ini terbalik. 

Jadi, macam mana usahawan nak SPEED UP dan pecahkan roadblock dalam bisnes? Sebab bila kita berjaya pecahkan RM10,000 ni insyaAllah dengan izin Allah swt mudah-mudahan dia jadi mudah untuk kita naikkan jualan. 

Ada yang tanya saya macam mana kita nak rempuh? Macam mana nak pergi lagi laju? Haaaa, ini ada beberapa point penting yang saya nak cakap tentang “Business vs Speed”. Korang ready ke ready ni?

Jom kita start..

  1. Pilih Kenderaan

Sesetengah usahawan masih lagi lambat sebab dia terlalu memilih. Eh kejap-kejap dia buat offline, lepas tu online. Kemudian, patah balik.. Bila masa korang nak capai matlamat dan target kalau kenderaan pun tak jelas. 

Sebab tu kita kena pilih kenderaan yang betul supaya kita boleh SPEED dalam bisnes.Korang faham ke faham?

  1. Tahu Destinasi

Saya sarankan macam ni, kalau korang masih lagi tak capai RM10,000 pertama, apa kata dalam masa terdekat ni, belajar dulu macam nak capai RM10,000 pertama. 

Sebab bila dia dah capai, korang akan ada keyakinan dan ada knowledge untuk melepasi apa pula yang ada lepas tu. Mungkin lepas ni boleh buat lebih lagi sampai RM50,000 sebulan. Amacam?

  1. Ada Budget

Dalam bisnes ni kita perlukan budget untuk bergerak ke depan, capai matlamat dan target kita. Tak perlu fikir susah-susah sebab kita boleh mulakan dengan apa yang kita ada dulu. Yang penting buat jer!

  1. Ada Team

Pernah ke korang terfikir kenapa orang lain dah pecut dulu tapi korang masih tertinggal di belakang, lambat sangat.

Puncanya adalah usahawan suka buat kerja sorang-sorang, tak ada team. Ingat ya, kalau nak pergi cepat boleh gerak sorang tapi kalau nak pergi jauh, korang perlukan team yang ramai. Baru la meriah.

Faham ke faham ni?

  1. Highway

Ramai usahawan tak nak ikut highway, tak perasan dia masih lagi ikut jalan lama sebab nak jimat, tak nak masuk highway sebab nanti kena bayar. Buang mentaliti ni jauh-jauh sebab korang boleh cepat sampai kalau korang lalu highway. Betul ke betul? Jadi tunggu apa lagi? Bayar je lah dan SPEED!

  1. Waze

Waze ni sama la macam guru atau coach kita dalam bisnes. Kita tak akan sesat bila ada guru sebab dia akan terangkan apa halangan yang kita akan lalu dan dekat mana yang kita boleh laju.

Jadi pergi belajar, rendahkan diri, buang ego untuk cari guru yang boleh bantu. Jangan buang masa terlalu lama dan stuck pada satu level yang sama. Boleh faham tu?

  1. Tekan Minyak 

Last sekali kita kena tekan minyak atau bahasa mudahnya kita kena buat tindakan. Tu je bendanya, bertindak dan buat jer! 

Apa lagi nak tunggu? Kelas dah ada, guru dah ada, result dah ada. Korang lihat sendiri result anak murid saya. Alhamdulillah dah berjaya capai impian dan bantu ramai orang. Saya doakan korang pula menyusul lepas ni.

Nak ke nak saya bantu lebih lagi? Saya nak hadiakan 6 Ebook Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA! 

Boleh hubungi Team Momentum di –> www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !