fbpx
blog najib asaddok

Buat Pelanggan Percaya & Beli Cepat!

Buat Pelanggan Percaya & Beli Cepat!

Isu ramai usahawan yang baru atau lama dalam bisnes adalah susah nak  dapatkan kepercayaan pelanggan. Ye la, bila pelanggan tak ramai maka usahawan akan berhadapan dengan cabaran tak ada sales.

Selama ni kita suka menuding jari menyalahkan pelanggan padahal kita nak dia jadi pelanggan kita. Haaa, macam mana tu? Tak habis-habis salahkan pelanggan ni susah nak beli, cerewet dan susah nak transfer duit pada kita. 

Daripada korang overthinking pasal isu ni. Apa kata korang baca sampai habis sebab saya nak bagi 3 kunci penting untuk korang buatkan pelanggan ni percaya dan cepat beli. 

Korang ready ke ready ni? Jom kita start..

1. Niat Yang Betul

Usahawan kena tahu bahawa pelanggan ni dia boleh rasa yang kita ni betul-betul nak tolong dia atau nak mengambil kesempatan. Mesti korang terkejut kan.. Macam mana pelanggan tahu? 

Sebenarnya, kalau niat korang betul, jujur dan telus. Pelanggan dapat rasa korang ni memang serius nak bantu dia. Sampai satu tahap dia akan fikir ini lah orang yang dia patut pilih.

2. Bantu masalah pelanggan

Usahawan susah nak dapatkan kepercayaan pelanggan bila dia sibuk skip sana sini, cerita kandungan produk dan bagi fakta tentang produk. 

Bila kita buat macam ni, pelanggan tak nampak yang produk kita ni boleh bantu kita  selesaikan masalah dia. Jadi kunci dekat sini korang kena betul-betul jelas untuk bantu pelanggan.

3. Share result dan testimoni

Macam mana nak buat? Mudah je, kita boleh minta pelanggan sharekan benda yang dia dapat daripada produk dan perkhidmatan kita. Lagi bagus kalau dia buat dalam bentuk video. 

Share result dan testimoni ni penting sebab manusia lebih tertarik untuk beli bila nampak orang lain alami masalah yang sama dengan dia. Kita panggil teknik ni sebagai “mirroring”. 

Apa kata, korang buat je dulu 3 kunci utama yang saya cakap ni, insyaAllah korang mudah nak dapatkan kepercayaan pelanggan sehingga mereka tak pandang orang lain dah lepas ni.  

Jadi tunggu apa lagi? Hubungi Team Momentum dan dapatkan E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut yang saya nak berikan secara PERCUMA je di —> www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !