fbpx
blog najib asaddok

Buang Hasad Dengki Baru Boleh Berjaya

Buang Hasad Dengki Baru Boleh Berjaya

Hari ni saya nak share dalam hati kita ni bahaya sebab sentiasa rasa berbolak balik, kejap kita  ingat, terlupa, baik dengan orang lain lepas tu tiba-tiba rasa cemburu.

Ada beberapa tempat yang kita dibenarkan untuk cemburu. Contohnya nampak orang kaya  dermawan, nampak orang yang bila menyampaikan ilmu dia sampai ilmu bersungguh-sungguh sampai orang yang dapat ilmu tu berjaya.. 

Kita cemburu bukan apa, cuma nak juga buat kebaikan macam orang lain.. Tapi ada sesetengah orang tak dapat nak kawal perasaan sampai makin besar cemburu tu sampai timbul hasad dengki dalam diri. 

Macam mana nak elakkan cemburu ni bersarang dalam hati? Kita jangan lupa sentiasa bersihkan hati, doa pada Allah swt supaya sentiasa bersyukur dan tak lalai dengan harta dunia. 

Kita jangan pandang remeh atau ringan tentang masalah hati ni sebab hati yang bersih sahaja yang Allah akan terima. 

Macam mana boleh ada perasaan dengki ni? Sebab kadang-kadang rasa diri lagi pandai, cantik dan lebih baik dari orang lain. Lepas tu mula la nak menyombong diri. Kan tak elok perangai macam ni..

Kalau boleh kita elakkan ya, banyak istighfar dan berdoa Allah bersihkan hati kita ni.. Cara lain setiap hari kena sebut perkataan yang baik-baik, buat solat taubat, solat hajat, dekatkan diri dengan alim ulama’ dan rajin baca al-Quran.

Ingat ya, kalau kita rajin bersihkan hati daripada hasad dengki ni insyaAllah Allah akan pelihara kita di dunia dan akhirat. 

Nak saya share lebih lagi? Saya teruskan next point dalam video Sarapan Minda Momentum ni..

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes. Jom dapatkan info dan maklumat lanjut mengenai bisnes online serta cara yang betul untuk tarik ramai pelanggan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !