fbpx
blog najib asaddok

Bisnes Nampak Suram Tanpa Poster Yang Bagus? Jom Buat 5 Cara Ni..

Bisnes Nampak Suram Tanpa Poster Yang Bagus. Jom Buat 5 Cara Ni

Bila bercerita tentang poster, ramai yang anggap benda ni biasa-biasa je. “Alaa bisnes saya ni biasa-biasa je pun, tak perlu lah nak ada poster”. Korang pernah terfikir benda yang sama? Kalau nak tahu, poster ni memainkan peranan penting tau dalam bisnes. 

Nak tahu kenapa? Sebabnya poster merupakan alat untuk mempromosikan atau bahasa mudah untuk tujuan pengiklanan sesuatu produk bagi sesuatu perniagaan.  

Kalau tak ada poster, macam mana pelanggan nak tahu produk apa yang kita jual? Promosi produk apa yang kita tengah lakukan dan semua nya lah. At least, kalau ada promosi, orang lain boleh tahu bila dan apa info penting untuk semua. 

Poster yang menarik sekaligus akan menarik minat pelanggan untuk beli produk korang. Jom follow lima tips ni untuk bagi bisnes anda tak suram dengan poster yang bagus. 

Bisnes Nampak Suram Tanpa Poster Yang Bagus? Jom Buat 5 Cara Ni..

Maklumat penting 

Dalam poster ni lah korang boleh letak maklumat perniagaan. Dari segi logo dan jenama. Nanti orang akan kenal tentang produk kita. 

Letakkan maklumat asas seperti bila, dimana dan semua persoalan yang penting untuk event atau program yang korang akan jalankan. 

Bisnes Nampak Suram Tanpa Poster Yang Bagus? Jom Buat 5 Cara Ni..

Saiz dan jenis fonts

Poster yang baik adalah yang jelas akan tulisannya. Hal ini kerana tulisan yang jelas akan memberikan impact yang baik kepada si pembaca. 

Kalau tulisan terlalu kecil, pembaca tak dapat baca dan faham tentang maklumat yang anda sampaikan. Kalau boleh biar jelas dan terang. 

Bisnes Nampak Suram Tanpa Poster Yang Bagus? Jom Buat 5 Cara Ni..

Penggunaan warna

Selain itu, warna untuk poster mestilah menarik agar si pembaca menarik untuk membacanya. Disyorkan menggunakan warna yang lembut-lembut atau warna pastel agar dapat memberi ketenangan kepada si pembaca. Warna amat memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sesuatu poster yang menarik.  

Dan kalau boleh, jangan guna terlalu banyak warna. Cukuplah penggunaan 2 atau 3 warna sahaja. 

Susunan text

Dari segi susunan text, pastikan text tu nampak kemas dan tidak berserabut. Terlalu banyak text dalam poster akan membuatkan pelanggan dan pembaca tak tertarik untuk membaca keseluruhan ayat yang ditulis. 

Logo syarikat 

Ni benda yang paling penting yang perlu ada dalam poster. Kalau anda masih belum ada logo syarikat, anda dah patut buat sekarang. Baru lah nanti orang akan tahu, bila dia nampak je logo kita, dia akan tahu ni produk apa. 

Hal ni secara tak langsung akan naikkan branding kita juga. 

Nampak simple je kan? Tapi ni lah benda yang korang kena praktikkan dan buat dulu. Bila poster untuk bisnes cantik dan menarik, sales produk pon akan naik tau. Berpusu-pusu orang akan PM anda untuk bertanya. 

Banyak lagi ilmu yang saya nak bagi untuk anda semua. Sebab tu nak bagi kelas TAJAAN untuk anda semua dalam Roket Pemasaran Momentum (RPM) ni. Bagi yang belum mendaftar, segera klik di www.naktarikpelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !