fbpx
blog najib asaddok

Bisnes Hampir Terkubur, “Hidup” balik masa PKP

Puan Rejanah

Kalau korang rasa musim PKP ni salah satu musibah yang buat peniaga jatuh, lain pula yang dirasa oleh Founder produk kecantikan dari Kota Kinabalu ni. Time PKP ni la sales Puan Rejanah Bahanda naik mendadak. Rezeki yang tak pernah dia sangka sebelum ni.

Jauh sangat perbezaan dari sekarang dengan dulu. Bisnes Puan Rejanah merupakan bisnes produk kecantikan berasaskan Aloe vera. Dia bermula dengan empat orang team sahaja. Memang dari awal niat Puan Rejanah buat bisnes ni untuk bantu orang ramai di luar sana untuk jana pendapatan.

Banyak kos dari segi marketing dan sponsorship yang dia keluarkan, tapi tu semua tak datangkan apa-apa hasil pon. Kalau dianggarkan, Puan Rejanah dah rugi hampir RM100,000. Fuhhh, satu kerugian yang sangat besar.

Puan Rejanah ingat dengan sponsor sesuatu program, brand dan produknya akan dikenali dalam waktu yang cepat. Malangnya, perkara tu hanya sia-sia sahaja. Dari segi team pula, Puan Rejanah sangat sedih sebab tak dapat nak bantu team untuk buat sales. Dia sendiri pon tiada ilmu untuk buat training dengan team. Ni kan pula nak ajar team.

Puan Rejanah selalu tengok sharing Tuan Najib Asaddok dalam page, setiap hari dia tak pernah tertinggal live yang Tuan Najib Asaddok buat. Dia juga ikuti kelas percuma setiap Selasa (Talk To Najib). Daripada ni, Puan Rejanah nekad untuk pergi ke kelas RPM (Roket Pemasaran Momentum) untuk belajar lagi dan lagi. Banyak benda yang dia sebenarnya tak tahu dia tak tahu.

Lepas dari kelas RPM, Puan Rejanah terus buat apa yang Tuan Najib suruh. Dari segi hantar team pergi training dan juga dari segi marketing dalam Facebook Page. Alhamdulilah, walaupun hanya belajar dalam kelas online dan dalam masa yang sama pula PKP, sales Puan Rejanah naik mendadak lebih dari RM10,000. Ni merupakan RM10,000 Pertama yang Puan Rejanah buat. 

Dan sekarang, Puan Rejanah sudah ada dalam Circle Ultimate. Salah satu pencapaian terbaru dia ialah dah ada kilang di Semenanjung iaitu di Puchong Selangor. Sales sehingga September pula dah capai RM297K. Team Puan Rejanah pon semakin ramai dari hanya 4 orang kepada 33 orang team.

Daftar RPM di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !